APABILA DOA-DOA ORANG BERIMAN DIKABULKAN
Assalamu'alaikum wbt Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurnianya, dapatlah saya mengukir senyuman dan memanjatkan kesyukuran kepadanya tanpa putus-putus kerana mengabulkan permohonan doa-doa oleh golongan manusia-manusia yang beriman yang taat pada perintah Allah swt. 3 minggu lalu saya telah memulakan terapi berjalan di pantai. Perit jerih dan menyakitkan apabila terjatuh dan mahu bangkit kembali dalam keadaan berpeluh-peluh. Ternyata, kesusahan saya yang saya paksa tersebut, membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ia juga dibantu oleh pemakaian stokin Ajaib jenama Vken yang telah dihadiahkan kepada saya oleh abang saya. Subhanallah, dengan izin Allah, darah dibahagian buku lali dan kaki kanan telah memberikan tindak balas yang optimum. Sesungguhnya saya tidak pernah mempercayai sebarang unsur produk kesihatan yang berbentuk pakaian. Akhirnya, ketidakpercayaan saya gagal untuk menidakkan keberkesanan produk tersebut. Hari ini, sudah masuk hari ke 7 saya berjalan tanp...