Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Beli dan menang - Projek Keriangan bersama Abeyfiq Coway 2015

Imej
Promosi sempena menyambut 1 April 2015 Pihak Coway memberikan diskaun 50% bayaran pendaftaran individu / korporat sepanjang bulan April 2015. [Biasa pendaftaran individu RM200 Korporat RM100] Abeyfiq memberikan diskaun tunai RM25 kepada setiap pendaftaran baharu. Diskaun tunai ini sah sehingga notis dikeluarkan. Abeyfiq juga akan mengadakan ' Projek Keriangan bersama Abeyfiq Coway ' dengan hadiah menarik yang memberi keuntungan kepada anda sepanjang masa. Daftar, pasang dan menang mulai 1 April 2015 Menangi hadiah-hadiah bernilai RM7,000 dari Abeyfiq Coway atau senilai dengan tawaran dibawah; Antara hadiah-hadiahnya   Dirham (999) Kelantan Golden Trade 5 Dirham X 25 pembeli Pertama setiap bulan Produk Penulen Air Coway : METRO Sahaja   maklumat harga dari http://kgt.com.my/2013/produk  Dirham (999) Kelantan Golden Trade 4 Dirham X 25 pembeli Pertama setiap bulan Produk Penulen Air Coway : SALLY Sahaja maklumat harga dari http://kgt.com.my/2013/pr...

Jauhi Jenayah - Anda Mampu Mengubahnya

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebuah artikel yang telah ditulis kemas penceritaannya. Jadikan ia sempadan dan jauhi najis dadah. Sempena Hari Polis ke 208 saya nak kongsi sebuah artikel untuk anda. Kongsilah dengan sesiapapun. Insya allah. 🔻Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh & sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut & kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin… Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar & juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar. Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang pali...

Sebak!

Asslamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Zohor tadi dapat berjemaah di surau di tempat kerja. Pada mulanya saya berjalan seperti oarng biasa. Tapi, akhirnya saya duduk sewaktu jemaah habis doa selepas iqamah. Mungkin ada yang tertanya-tanya sehingga menimbulkan rasa ingin tahu. Namun, saya teruskan bersolat secara berjemaah. Sebak! Saya mampu solat sambil berdiri, namun saya hampa kerana kaki saya tidak lagi boleh dilipat dan adalah mustahil untuk saya mengenakan wajah saya ditempat sujud. Sangat memilukan kerana dahulu saya lebih dari mampu untuk bersujud. Sebak! Ya! adalah menipu jika saya tidak rasa apa-apa. Waktu solat saya rasa bagaikan sangat asing berada dikalangan jemaah walaupun saya sudah biasa solat Jumaat di masjid. Sungguh sebak rasa didalam hati sehinggakan tidak fokus semasa solat. Sebak! Kemungkinan besar, status saya akan berubah secara total setelah jemaah doktor-doktor Perkeso bersidang. Apakah apa yang aku ada sekarang ini akan terlepas, ata...

Isu Aisyah Tajudin! Aisyah Tajuddin! Trending! - Jadikan Iktibar dan Tauladan ye!

Imej
Sumber berita terkini dari Astro Awani 20.03.2015 18.02 MYT BFM MOHON MAAF, AISYAH BUKAN PENULIS SKRIP Maafkan beliau kerana dikambing-hitamkan, jangan dipanjangkan lagi isu ini! KUALA LUMPUR : Stesen radio berteraskan kandungan bisnes, BFM, telah memohon maaf atas kip video “Projek Dialog BFMKupas” yang telah menjadi viral di internet hingga menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam. Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, BFM menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan tentang pelaksanaan hukum hudud, seperti yang dinilai penonton video tersebut. “Berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai platform, ia jelas menunjukkan bahawa sebahagian daripada mereka menganggap kami mempertikaikan hukum hudud. Sebenarnya, kami tidak ada niat untuk berbuat demikian. “Kami hanya mahu pengikut kami menanyakan soalan-soalan berkaitan pelaksanaan hudud. Kami memohon maaf jika telah menyebabkan rasa kurang senang,” kata kenyataan ...

Teladan!

Imej
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah Subhanahuwataala atas limpah kurnianya menhidupkan saya kembali setelah dimatikan (tidur). Maha Tinggi Allah, beliau telah menentukan segalanya berjalan diatas paksinya dan perubahan waktu dari siang ke malam dan begitulah seterusnya. Saya doakan anda semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera seta berada dalam naungan Allah Subhanahuwataala. Hari ini, saya ingin berkongsi artikel berkenaan tajuk di atas. Dewasa ini kita terutamanya (saya) acapkali mengejar masa dengan membina keupayaan sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sejak di panggil untuk bertugas kembali saya seringkali terlepas solat fardhu tepat pada waktunya. Tidak sama langsung sewaktu saya sedang keadaan sakit. Tidak mampu berdiri, berjalan malah sangat terbatas pergerakkan. Tetapi mampu solat fardhu diawal waktu. Sangat pelik dan jelik! Adakah perlu saya terus bekerja makan gaji sedangkan bekerja dengan...

Aisyah Tajudin! Aisyah Tajuddin! Aisyah BFM! Terkini! Trending! Hudud! Kupas! BFM VDO!

Imej
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Di harapkan sangat anda semua berada didalam keadaan sihat sejahtera dan disamping keluarga yang tercinta. Pembentangan Pindaan Enakmen Syariah II Oleh MB Kelantan Hari ni, saya ingin berkongsi serba sedikit permasalahan yang berlaku sejak semalam. Ianya dijadikan bahan untuk menghina, mengutuk dan mencerca perbuatannya oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan menghentam tindakan tidak bermoral tersebut. Pada hemah saya, wanita ini hanya ingin cepat glamour dan hanya membuatkan manusia yang tidak kuat agama berasa jelek. Sesuatu yang tidak patut diluahkan oleh seorang manusia yang mempunyai pengenalan agama hanya di atas sekeping kad pengenalan. Satira Soal Hudud Perbuatan beliau nakal dan menjadi tanggungjawab golongan agamawan memandang serius perkara ini. Cukup-cukuplah pelbagai masalah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.  Secara amnya saya juga berhasrat i...