NORMAL MAN 2 HANDICAP PERSON - TRUE STORY / CHAP 1
To loyal readers, please use google translate. Apa makna normal? * Sihat * Tidak mengalami penyakit /simptom * Boleh lakukan pelbagai perkara tanpa batasan * Buat apa sahaja tanpa bantuan dan pengawasan Dahulunya aku adalah seoarang anak, adik dan abang yang normal dalam sebuah keluarga miskin yang tidak punyai harta mahupun belanja yang mewah. Bermula dari belajar di darjah satu di sebuah daerah jajahan di negeri pantai timur. Tinggal dan hidup di dalam kalangan rakan sebaya yang bercampur-campur taraf kehidupan tetapi tidak mementingkan status kaya atau miskin. Pada tahun 1994 kami sekeluarga telah berpindah dan menetap sementara di rumah makcik sebelah ayah yang pada pandangan mataku seorang yang baik kerana belum pandai menilai hati budi seseorang manusia. Kami tinggal sementara sahaja kerana ayahku (kini Almarhum Cikgu Mohamed) sedang berusaha mendapatkan tempat tinggal sendiri di bandar raya Kuala Lumpur. Kehidupan kami beruba...