Jerebu oh Jerebu

Salam

Nampaknya ramai yang tidak sihat setelah sang Jerebu melanda negara-negara Asean. Kawan-kawan ambo yang hampir 6-8 jam atas jalan adalah golongan yang paling terkesan dengan masalah Jerebu yang sudah menjadi acara tahunan untuk negara-negara Asean.

Seingat saya masalah jerebu ni pertama kali berlaku sewaktu saya di darjah 5. Waktu tu, kami tak tahu apakah benda yang dipanggil Jerebu. Mungkin disebabkan saya membesar di Bandaraya Kuala Lumpur, ianya biasa.

Semalam, sewaktu saya ingin bertolak ke Bentong, keadaan berjerebu dan cuaca panas hingga tekak menjadi kering.

Saya telah rujuk banyak akhbar berkaitan masalah Jerebu ini, yang sedia maklum tentang permasalahan ini. Sehingga akhbar jiran kita (Indonesia) dalam satu laporan mengatakan bahawa bala ini telah dilakukan oleh orang-orang kaya dari negara kita (Malaysia) yang membuka ladang-ladang di Sumatera. Ada benarnya, tapi kita takkan nak menuding antara satu sama lain. Kerana kita telah lama berjiran.

Pada pandangan saya, jika ini berlarutan ianya hanya akan merosakkan hubungan negara-negara Asean sahaja. Apakata kalau kita mengambil langkah-langkah awal bagi menangani masalah jerebu ini. Antaranya ialah, melalui tindakan disiplin, saman dan aduan dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa ICJ.

Contohnya jika indeks pencemaran udara melebihi 300. Negara-negara Asean yang terlibat boleh menyaman negara penyebab. Dan secara otomatiknya, semua Kerajaan di Rantau Asean akan menambah baik sistem pelaksanaan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, saya percaya bahawa melalui tindakan undang-undang, banyak pihak yang akan membuka mata.

Sekian,

Admin


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ada juga pendapat yg mengatakan jerebu ini sengaja dilakukan oleh indon untuk menganggu jumlah pelancong ke Malaysia dan Singapore dan secara tak langsung pelancong akan memeilih Indon..

dah follow awk.. jom follow sy pulak

realifik.blogspot.com

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?