Teladan!

Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah Subhanahuwataala atas limpah kurnianya menhidupkan saya kembali setelah dimatikan (tidur). Maha Tinggi Allah, beliau telah menentukan segalanya berjalan diatas paksinya dan perubahan waktu dari siang ke malam dan begitulah seterusnya.

Saya doakan anda semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera seta berada dalam naungan Allah Subhanahuwataala.

Hari ini, saya ingin berkongsi artikel berkenaan tajuk di atas. Dewasa ini kita terutamanya (saya) acapkali mengejar masa dengan membina keupayaan sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sejak di panggil untuk bertugas kembali saya seringkali terlepas solat fardhu tepat pada waktunya. Tidak sama langsung sewaktu saya sedang keadaan sakit. Tidak mampu berdiri, berjalan malah sangat terbatas pergerakkan. Tetapi mampu solat fardhu diawal waktu. Sangat pelik dan jelik!

Adakah perlu saya terus bekerja makan gaji sedangkan bekerja dengan manusia tidak sama ganjarannya jika bekerja dengan Allah. Maksud saya, bekerja tetapi melebihkan urusan agama iaitu ketetapan menunaikan suruhan agama. Sudah masuk minggu ketiga, saya masih tak dapat menyesuaikan diri walaupun sudah bekerja di syarikat ini sejak tahun 2007! Masa yang panjang telah saya lalui di syarikat ini dengan segala macam jenis perangai dan ia tetap tidak dapat saya ubah kerana masing-masing mempunyai agenda dan tanggungjawab yang masing-masing.

Jujur saya katakan, saya lebih sayang keadaan diri sewaktu dalam keadaan sakit. Ia mengubah diri saya total 360 darjah. Tiada rakan taulan, tiada bantuan yang sepatutnya tiba. Segalanya diuruskan oleh keluarga saya terutamanya isteri saya. Tiada lagi rakan-rakan yang selama ini menjadi sahabat. Tiada! Mereka hanya hadir apabila berkepentingan sahaja. 

Sehingga saat saya mengalami kemalangan, saya telah merujuk kepada majikan supaya mengadakan atau membekalkan kad kemalangan diri peribadi. Kerana sebagai seoarang pekerja yang mempunyai dua tugas yang berlainan pada setiap masa. Ia memaksa saya berhati-hati hingga ia meletihkan kerana hidup serba tak kena. 

Sebagai majikan mereka hanya boleh mengucapkan ucapan takziah atas kemalangan menimpa diri, tetapi ucapan itu tidak lagi bermakna kerana status saya akan berubah setelah Jemaah Doktor Perkeso (SOCSO) bersidang. Adakah saya akan menerima gaji yang sama setelah perubahan status? Ia suatu perkara yang tidak semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka selepas anda sendiri telah meminta majikan menyediakan sijil Kemalangan Diri Peribadi (P.A). Hemah saya sekiranya anda seorang yang lemah apabila keseorangan, anda tidak layak berasa kuat apabila anda berada dalam keramaian. Tiada perlu rakan taulan, tiada perlu lagi sokongan rakan-rakan karib yang watak dan peranan masih tak berubah yang mengharapkan anda menjadi seperti dulu.

Sehingga ke hari ini, saya sangat bersyukur kerana Allah Subhanahuwataala masih memanjangkan usia saya dengan memberi peluang kedua kepada saya. Ibarat mendapat nyawa kedua setelah melalui pengalaman perit terbaring ditengah-tengah jalan raya yang sedang sibuk dengan beratus-ratus kenderaan. Anda belum merasainya bukan? Sedangkan jatuh terduduk sudahpun mengalir air mata kerana sakit. Tidak bagi saya, kerana ujian datang menambahkan keimanan saya terhadap urusan qada' dan qadar Allah Subhanahuwataala.

Tetapi, saya patut banyak-banyak bersyukur kerana saya tidak meninggal sewaktu kemalangan tersebut. Ia pengalaman yang perit tapi meninggalkan kenangan yang manis kerana dari situlah saya mengetahui hati budi pasangan saya. Dia menjaga, membantu, dan banyak berkorban semata-mata mahu melihat saya senyum kembali. Ia pengalaman yang awesome!

Ingin saya menitipkan sedikit nasihat kepada yang ingin bekerja atau telah memulakan kerja. Simpan tips ini agar ia boleh digunakan sebelum atau ketika anda mengalami masalah ;

1. Banyak beristighfar dan solat sunat taubat (Memohon keampunan setiap masa)
2. Sabar dan banyakkan bersedekah (Memohon supaya Allah memberi rezeki halal)
3. Jangan lupa senatiasa berdoa di temukan dengan pekerjaan yang halal tidak syubhah.
4. Sentiasa ingatkan majikan supaya menyediakan Insurans Kemalangan Diri Peribadi (P.A) 
5. No.4 sangat perlu kerana malang tidak berbau walaupun anda ke tempat kerja menaiki kereta.
6. Jika anda seorang Muslim sebenar bukan seperti yang dinyatakan di atas Kad Pengenalan, anda wajib menunaikan perkara-perkara yang hak dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram dan khianat.
7. Jangan banyak bermain FB, Twitter, melakukan pekerjaan lain sewaktu urusan makan gaji. 
8. Jangan campur urusan rakan pejabat, kerana ia akan merosakkan hati anda. 
9. Sentiasa senyum dan ceria walaupun majikan memarahi anda!
10. Jangan peduli kata orang, tapi berbaloilah jika anda meningkatkan cara kerja dan jadi diri sendiri.

Tips di atas adalah sikap saya sendiri. Kerana setiap hari saya memerlukan diri saya dalam keadaan terbaik dan boleh melaksanakan segala tugas dengan baik.Paling penting nasihat diri sendiri untuk melakukan kebaikkan dari hari ke hari, setiap masa dan jangan takut untuk bersedekah dan beramal soleh.



Jadikan sedutan video diatas sebagai pedoman untuk kita istiqamah dalam kehidupan seharian. Kematian yang baik dijanjikan Syurga. Kematian yang penuh dosa neraka menanti. 

Tidak perlukan kontroversi, juga boleh hidup.

Sekian, terima kasih,

Yang benar, ikhlas

Mohd Taufiq Mohamed
Simple Blogger
"Life to short, then make it happy"
+60126391558
taufiqmohdkl@gmail.com

Iklan Percuma


Ultimate Energy Series Vken

Ikhtiar Sihat tanpa Ubat makan! Dapatkan Stokin Ajaib Vken (Ultimate Vken Energy Series ). Beli online dan dapatkan penghantaran percuma melalui PosLaju! www.abeyfiqvkenlover.blogspot.com

BodySpray by Body Beaute Secret

Lupakan ubat tablet untuk kelegaan sakit-sakit ringan. Ia merosakkan sistem buah pinggang anda! Save your Kidneynow! Memperkenalkan BodySpray dari Body Beaute Secret untuk kelegaan segera dan ianya hanya mengandungi bahan-bahan herba dan hanya berasaskan air. Sesuai untuk kegunaan luar. Membantu anda mengatasi masalah senggugut, sakit perut, membuang lemak dan sangat sesuai disimpan di rumah! Murah jimat serta memudahkan untuk dibawa kemana sahaja! Beli secara online disini www.mybodyspray.blogspot.com

Coway (Penulen Air)

Rumah anda mengalami masalah air kotor, berbau dan berkarat? Adakah ia selamat walaupun anda telah menjerangnya? Air akan jernih tetapi bakteria tidak akan hilang kerana mereka lebih aktif sekiranya air dipanaskan! Jom bertukar kepada simtem Penulen Air Coway. Ia jimat, murah, praktikal dan memudahkan segala urusan anda dirumah!

Beli secara tunai ;

10% diskaun dengan setiap pembelian  atau
15% diskaun untuk set kombo!
Percuma khidmat penyelenggaraan selama setahun!
Percuma hadiah misteri! (Gua Jamin)


Beli secara sewa-beli ;
Ansuran serendah RM75 atau RM 2.50/sehari
Percuma khidmat penyelenggaraan selama 5 Tahun!
Percuma khidmat penghantaran!
Percuma khidmat pemasangan!
Percuma hadiah misteri! (Gua Jamin)

# Jimatkan masa, tenaga dan petrol anda!
# Biar kami datang kepada anda!

Hubungi segera HP Coway Anda!
+6012-6391558
Authorized Health Planner Coway Taufiq
517775
# Beli dan tempah secara online di :
www.abeyfiqcowayexpert.blogspot.com 


Coway (M) Sdn Bhd
1800-888-111
www.coway.com.my


Iklan mudah dan murah hanya di www.dunia360degree.blogspot.com

Terbuka untuk sebarang bentuk iklan yang bagus, kreatif mempunyai nilai tinggi dan bukan iklan seperti hasutan, melaga-lagakan dan iklan perkara-perkara haram.

Jika anda berminat, sila emelkan segala dokumen seperti dibawah dan hantar ke : keyboardwarriormaaa@gmail.com

- Maklumat benar dan sah perniagaan
- Gambar Produk (Minimum 3)
- No. telefon yang aktif

Pembayaran untuk iklan hanya sekali, dan iklan anda tidak akan dipadam!

Sekian,

Admin @ d360D
Keyboard Warrior Maaa Advertising Team
www.dunia360degree.blogspot.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?