NORMAL MAN 2 HANDICAP PERSON - TRUE STORY / CHAP 1

Hasil carian imej untuk assalamualaikum 

To loyal readers, please use google translate.

Apa makna normal?

* Sihat
* Tidak mengalami penyakit /simptom
* Boleh lakukan pelbagai perkara tanpa batasan
* Buat apa sahaja tanpa bantuan dan pengawasan

Dahulunya aku adalah seoarang anak, adik dan abang yang normal dalam sebuah keluarga miskin yang tidak punyai harta mahupun belanja yang mewah. Bermula dari belajar di darjah satu di sebuah daerah jajahan di negeri pantai timur. Tinggal dan hidup di dalam kalangan rakan sebaya yang bercampur-campur taraf kehidupan tetapi tidak mementingkan status kaya atau miskin.

Hasil carian imej untuk hospital machang

Pada tahun 1994 kami sekeluarga telah berpindah dan menetap sementara di rumah makcik sebelah ayah yang pada pandangan mataku seorang yang baik kerana belum pandai menilai hati budi seseorang manusia. Kami tinggal sementara sahaja kerana ayahku (kini Almarhum Cikgu Mohamed) sedang berusaha mendapatkan tempat tinggal sendiri di bandar raya Kuala Lumpur.

 Hasil carian imej untuk flat pekeliling

Kehidupan kami berubah dari tahun ke tahun, sehinggalah aku dewasa. Dari kehidupan tinggal 11 orang di dalam sebuah rumah yang bersaiz 600kps dan kini masing-masing kami adik beradik telah mempunyai harta sendiri yang jika digabung kesemuanya berjumlah lebih dari saiz 5 buah banglo. Subhanallah, begitulah Allah mengatur kehidupan kita dari hari ke hari dan beserta syarat tidak mudah putus asa dan berpaling dengan nikmat-nikmatNya. 

Hasil carian imej untuk kidney

Masa telah berlalu terlalu pantas bagiku kerana sudah masuk tahun ke 11 aku bekerja makan gaji dan aku masih di takuk lama yang membuatkan hati ini berteka teki dengan semangat yang aku ada ketika ini. Walaupun dengan kerja sebegini aku mampu telah berusaha menjana pendapatan dari lain-lain perniagaan yang aku ceburi. Aku tidak memandang untung semata-mata kerana kehidupan aku telah berubah sejak aku mengalami kemalangan jalanraya pada tahun 2013. Sejak dari kejadian yang menimpa aku, aku telah terlampau seronok berada didalam dunia, akhirat telah aku tinggalkan kerana kehidupan memerlukan duit. Tiada duit maka tidaklah mampu hidup!- Na'uzubilla...

Hasil carian imej untuk SAY NO TO PILLS

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Sedar-sedar aku telah berehat panjang selama lebih 17 bulan! - Ia suatu tempoh yang panjang untuk aku lalui tanpa mendapat sebarang duit tepi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri aku. Aku terkesima kerana di waktu aku susah begitu, beliau sangat menjaga kepentingan aku, keinginan aku dan apa sahaja yang aku inginkan beliau berusaha memenuhinya. - Subhanallah

Hasil carian imej untuk stokin vken

Aku terdiam terpaku, terpanar setelah melalui pelbagai susah senang hidup bersamanya, dia masih kuat dan setiap hari memberi semangat pada aku supaya lekas sembuh dan boleh kembali bekerja. Aku mengiyakan sahaja kerana apa yang aku boleh buat. Aku tak mampu kemana-mana dengan keadaan yang tidak ubah seperti seorang orang kurang upaya? 

Hasil carian imej untuk stokin vken KENCING MANIS

Pergerakkan aku terbatas, makan minum aku akan disiapkan oleh mak aku. Disamping menjaga cucunya yang kurang upaya ditambah lagi melayan karenah aku. Dan kerana itu aku berazam setiap hari untuk membalas jasanya walaupun kudrat aku makin lemah. Tiada lagi yang lebih aku utamakan dari melebih-lebihkan keluarga sendiri. Kawan-kawan atau sahabat handai tidak akan mampu buatkan aku gembira walaupun 24 jam. Dan ambillah nasihat aku ini, janganlah berharap kepada orang lain dan membelakangkan keluarga dalam semua hal. Kerana keluargalah yang akan berada bersama kita setiap masa sehinggalah Malaikatul Maut menjemput kita.

Hasil carian imej untuk mxb international

Hari ini setelah 1 bulan aku kembali bekerja, aku diberi ilham oleh Allah SWT untuk menyampaikan bantuan dan berusaha membantu Orang Kurang Upaya, Pesakit Kronik yang Kronik Kewangannya, Penjaga Pesakit Kronik yang Tidak menentu Kewangannya, Keluarga yang Mempunyai bayi, anak-anak dan ahli keluarga yang tidak sihat dan sakit selepas sampai umur yang telah ditentukan tepai tidak punya kewangan yang kukuh. Pilihan yang aku ada tidak lain tidak bukan dengan menyediakan platform (Modal) atas usaha diri sendiri. Aku tidak meminta tapi aku memohon agar masih ada lagi Hartawan Dermawan seperi Abdul Rahman Bin 'Auf. Seorang yang tidak mementingkan harta dan akan membelanjakan hartanya ke Jalan Allah dengan tidak pula menginginkan orang memuji sikap beliau.

 Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Alhamdulillah sekitar jam 10 pagi Sabtu (11.04.2015). Seseorang dikenali sebagai En. A telah menghantar mesej melalui aplikasi whatsApp untuk memohon bantuan dari 'Program Sedekah Untuk Pesakit Kronik'. Kelu lidah dan air mata saya terpaksa ditahankan kerana beliau sangat berharap agar saya dapat membantu beliau secepat yang mungkin kerana beliau telah hampir kepada kedukaan yang berpanjangan. Saya menasihati beliau kerana belum ada sesiap lagi yang menghubungi saya untuk mendaftar sebagai penderma!

Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Malam tadi ada seoarang insan yang telah menderma stokin tenaga Vken berharga RM201.40. Oleh kerana itu, saya akan berjumpa seberapa cepat dengan En. A bagi menyampaikan bantuan dalam bentuk produk kesihatan Stokin Tenaga Vken. Tak dapat hulur wang tunai, dapatlah kiranya isterinya yang mengalami sakit kencing manis Kronik dapat dibantu dengan mengurangkan perbelanjaan membersih luka. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana menyampaikan dan membuka hati manusia untuk berbuat kebajikan seperti sedekah.



Saya juga melalui derita yang panjang dan sehingga ke hari ni sebenarnya saya masih sakit. Tetapi, itu adalah urusan saya dengan Allah SWT. Saya juga mengalami rawatan penyembuhan tulang dengan memakai Stokin Tenaga Vken setiap hari. kerana saya mengalami kecederaanp parah dan tulang tibia dan fibula tidak bersambung walaupun telah melalui pelbagai kaedah di Hospital Pakar Selayang. Keputusan X-ray yang saya terima pada bulan 12 tahun lalu juga mengesahkan yang tulang tersebut tudak bercantum setelah saya ikhtiar rawatn alternatif. Tempoh 14 bulan adalah terlalu lama bagi pandangan seorang Doktor Pakar yang merawat saya. Sehinggakan mereka terpaksa membuat pembedahan memasukkan implan besi untuk membantu mempercepatkan pennyambungan tulang. Hal itu juga buntu apabila setelah 6 bulan melalui pembedahan implan terssebut, tulang tidak juga bersambung.

Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Dari susu Anlene, Susu Alpha Lipid II dan pelbagai jenis ubat kalsium tidak juga membantu penyembuhan saya. Saya telah melalui proses penyembuhan yang lama sehinggakan tiada lagi semangat untuk pulih. Menangis sendirian saya mengenangkan keadaan saya tidak akan kembali seperti dahulu kala. Dari seoarang yang aktif kini lembab, malas dan tiada upaya, tiada semangat lagi. 

Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Awal bulan 11/2014 saya telah dihadiahkan oleh abang saya yang juga berusaha membantu saya mencari penawar untuk penyembuhan saya. Di telah memberikan saya sepasang stokin Tenaga Vken. Sedangkan perubatan moden dan rawatan kampung gagal membantu saya sembuh, inikan pula sejenis stokin yang nampak macam biasa sahaja. Takde apa yang istimewa pun pada stokin ini. Oleh kerana apabila kita didalam kesusahan, kita diminta untuk tidak mudah mengalah kerana kesihatan adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Saya mencuba dengan memakai stokin tersebut setiap hari. Minggu pertama saya menggunakannya, berpuluh kali ke tandas sepanjang hari, sehingga sakit lutut dan ketiak menampung beban badan. Pada minggu kedua saya telah mampu merasa di tapak kaki di sebelah kanan. Saya mampu merasa panas, sejuk, cubit dan benda tajam. Saya meneruskan pemakaian sehingga genap sebulan. Setelah itu saya juga melalui aktiviti terapi berjalan di atas pasir pantai. Sakit yang amat sangat sehingga saya hampir demam kerana terlampau sakit selepas melakukan terapi pasir. 

Hasil carian imej untuk STOKIN VKEN

Setelah seminggu menjalani terapi pasir, saya meneruskan pemakaian stokin, dan ianya semakin baik dan bertambah baik kerana saya telah mampu berdiri dan membuat gerakan di bahagian buku lali yang selama 14 bulan kebas dan tidak boleh digerakkan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, segalanya sampai ke kemuncaknya apabila saya mendapat ilham dari Allah taala mengirimkan mimpi yang saya boleh berjalan dan memanjat tangga. Hari jumaat pertama dalam bulan Disember 2014, saya telah melepaskan kedua-dua tongkat yang selama ini menjadi peneman saya ke mana sahaja saya pergi.
Hari itu cukup indah bagi seluruh ahli keluarga saya. melihat mak menitis air mata kegembiraan kerana saya sudah boleh berjalan. Dan dari hari ke hari, saya berazam untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Hari ini 13.04.2015 saya telah 4 bulan berjalan tanpa tongkat dan boleh bekerja kembali. Menyambung tugas pencari rezeki dan sumber inspirasi bagi yang kuat untuk berubah diluar sana. 

Hasil carian imej untuk alhamdulillah

Sekian, terima kasih,

Hasil carian imej untuk tempah sekarang GIF

Mohd Taufiq Mohamed
Pengguna Setia | Ahli | Trusted Seller | Produk Kesihatan Alternatif
Ultimate Energy Series Vken
Simple Blogger | Pengasas
" Program Sedekah Untuk Pesakit Kronik "

Pemilik Rangkaian Niaga | Label
Satria Niaga Muda Enterprise

taufiqmohdkl@gmail.com
+6012.639.1558

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?