APABILA MANUSIA MELUPAKAN JANJINYA YANG SATU
Assalamu'alaikum wbt
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat Baginda dan kaum keluarga Baginda.
1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji hanya milik Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian 'alam
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
4.Yang menguasai hari pembalasan (Hari Kiamat)
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan mereka sang sesat.
Alhamdulillah, bertemu lagi dengan nukilan terbaharu saya. Insya-allah, akan saya huraikan tentang tajuk yang terbaru ini. Semoga nukilan ini memberikan seribu satu penyelesaian terhadap kehidupan kita. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ku ini.
Tajuk : Apabila Manusia Melupakan Janjinya Yang Satu
Tarikh : 06.11.2014
Dialog 1
Kisah sebelum lahirnya seorang manusia dari rahim seorang ibu.
Roh : Wahai TuhanKu (Allah SWT), aku sangat cemburu dengan mereka yang didunia tunduk sujud kepadaMu 5 kali sehari semalaman. Bolehkah Engkau perkenankan permohonanku untuk turun kedunia dan beribadat kepadaMu?
Adakah anda semua masih ingat janji dan permohonan ini sebelum kamu dilahirkan didunia?
Adakah anda masih meletakkan janji taat pada Allah SWT melebihi janji terhadap manusia?
Adakah anda bersumpah setia taat kepada manusia melebihi taatnya kamu terhadap perintah Allah?
Setiap persoalan yang ditujukan kepada kita, sudah tentulah kita menyediakan jawapan yang panjang lebar beserta alasan-alasan yang tidak munasabah. Itulah kita, tidak kiralah siapapun anda kerana itulah hakikat kejadian manusia. Makna manusia itu sendiri telah Allah rakamkan didalam Al-Quran. Tiada manusia yang boleh mengingat setiap pekerjaan yang kita lakukan setiap hela nafas. Lebih-lebih lagi apabila kita terjaga dari pembaringan. Benar bukan? Bukankah kita semua sama?
Begitulah juga saya, kerana 80% hayat dibazirkan setiap hari untuk melakukan dosa. Sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Apa sahaja pekerjaan kita lakukan hari ini adalah diatas tanggungjawab sendiri. Tiada siapa yang boleh kita mohon pertolongan didalam alam barzakh nanti. Tidak boleh lagi mendail talian kecemasan, dan tiada rakan taulan mahupun keluarga yang boleh membantu kita.
Hari ini kita dipanjangkan usia untuk terus mengerjakan amal soleh, malangnya kita bersusah payah menyediakan pelbagai alasan bodoh untuk tidak solat. Kita berusaha bersungguh-sunguh untuk tidak solat. Bukankah kita telah berjanji dihapan Allah sebelum kita diturunkan dan dilahirkan? Bagaimana kita jika manusia mungkir janji dengan kita? Adakah kita memaafkan atau mengeji? Tetapi Allah Maha Pengampun sahabat semua. Taubat adalah jalan pintas mengakui kezaliman kita terhadap kita.
Seperti yang semua maklum, sebagai Muslim kita terikat dengan undang-undang dan peranturan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Kita telah melafazkan kalimah syahadah. Kalimah yang paling indah seluruh 'alam. Kita bersetuju secara tetap untuk sujud kepada Allah SWT pada waktu-waktu yang tertentu sebanyak 5 kali sehari. Kita berpuasa dibulan Ramadhan dan kita mengeluarkan zakat fitrah dan kita juga meminta agar Allah memanggil kita untuk pergi Haji.
Hari ini, banyak dialog antara manusia yang tidak ingin solat. Na'uzubillah...
Dialog 2
Bapa : Wahai anak-anakku hendaklah kalian taat kepada Allah dan Rasul. Dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Solat dapat mencegah kita dari perkara-perkara yang sia-sia.
Ibu : Wahai suamiku, aku akan taat kepadamu seperti mana engkau taat kepada perintah Allah dan Rasul
Anak Perempuan : Wahai Ayah dan Ibu, selagi kami dibawah tanggungan ayah, akan kami pelihara segala suruhan agama dan meninggalkan tegahan agama.
Anak Lelaki : Oleh kerana aku tahu betapa beratnya menanggung dosa, aku berpesan kepada saudara perempuanku, jagalah solat serta jangalah sekali-kali kalian menangguhkan perintah solat apabila tiba waktiu-waktunya dan ingatlah telah Allah berikan kalian Saudara perempuanku waktu 'uzur syarie. Oleh itu, hendaklah kalian menjaga kebersihan diri supaya segala suruhan Allah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tidak bagi aku kerana tiada keuzuran selain dari perkara-perkara yang membataskan aku untuk solat seperti koma dan mati sahaja. Selain dari waktu yang tersebut aku sebagai anak lelaki, suami dan ayah pada suatu masa nanti menjaga tanggungjawab yang besar dan berat. Wahai saudara perempuanku, telah Nabi Muhammad SAW bersabda sewaktu Baginda didalam perjalanan Isra' dan Mikraj. Baginda melihat ramainya perempuan yang menghuni Neraka dengan 1001 dosa yang telah mereka lakukan. Ingatlah juga wahai saudara perempuanku larangan agama terhadap kalian, dan kalian wajib mengikutinya kerana kita adalah Muslim dan bukannya manusia Kafir yang secara terang-terangan melanggar perintah Allah. Aku huraikan untuk kalian;
1. Wajiblah kalian menutup aurat kalian dihadapan laki-laki yang ajnabi. Termasuk teman lelaki, tunang dan kawan-kawan lelaki, Ipar lelaki dan dimana sahaja selain ahli keluargamu yang terdekat.
2. Wajib keatas kalian berpegang teguh dengan tali Allah. Janganlah sesekali engkau memutuskan silaturrahim antara muslim yang menegur perbuatan kamu. Kerana mereka menyayangimu seperti mana Allah menyayangi hamba-hambanya.
3. Janganlah engkau melobi pandangan manusia dengan kejahilan kamu tentang batas-batas agama. Dan, Haram bagi kamu saudara perempuanku menyerupai lelaki, juga tidak terlepas laki-laki yang menyerupai perempuan. Hukumnya HARAM. Janganlah sekali-kali engkau menyatakan pada umum bahawa segalanya takdir dari Allah. Kerana kejahilan, kita melontarkan kesalahan kepada Allah.
4. Kerana ketahuilah olehmu wahai saudara perempuanku, dari engkau lahir sehinggalah engkau berkahwin, tidak pernah Tuhan membebankan engkau untuk menanggung dosa. Kerana sayang dan besarnya nikmat yang Allah kurniakan pada kalian, hendaklah kalian bersyukur dan membantu mengurangkan beban dibahu ayah dan saudara lelakimu dengan mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan, Tidak sukar bukan. Malah kalian, Allah sediakan syurga kerana kepayahan kalian melahirkan anak. Taat pada suami dan taat pada ayah juga diberi ganjaran pahala. Sebaliknya, jika kalian gusar dengan nikmat yang telah Allah berikan dan sediakan, kalian boleh terjun kedalam neraka.
5. Jaga, taat dan kekal dengan tali Allah. Jangan sekali-kali memberi alasan tidak mahu solat. Kerana manusia yang telah mati mahu bangkit kembali dari kubur untuk beramal soleh.
Aku menangis kerana kedegilan perempuan, bukannya sukar untuk solat. Allah beri masa 24 jam sehari. Allah beri nikmat dan rahmat. Allah beri nyawa masih berdegil untuk tidak solat. Ingatlah, selagi hayat dikandung badan, berusahalah untuk menjadi manusia yang kerap mengingati dengan kebaikan dan menasihati. Ingatlah, kita wajib melaksanakan janji tersebut sehingga ke akhir hayat.
Assalamu'alaikum wbt
Aku juga pendosa
Taubat tidak menunggu
Segeralah berdoa
Agar disana tidak terharu
MOHD TAUFIQ MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
6.11.2014
Ulasan