BAPA BOREK, IBU RINTIK & ANAK DOT DOT DOT!

Assalamu'alaikum wbt

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sahabat Baginda dan kaum keluarga Baginda.

1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji hanya milik Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian 'alam
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
4.Yang menguasai hari pembalasan (Hari Kiamat)
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan mereka sang sesat.

Alhamdulillah, bertemu lagi dengan nukilan terbaharu saya. Insya-allah, akan saya huraikan tentang tajuk yang terbaru ini. Semoga nukilan ini memberikan seribu satu penyelesaian terhadap kehidupan kita. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ku ini.

Tajuk : Bapa Borek, Isteri Rintik & Anak Dot Dot Dot!


Tarikh : 13.11.2014

Bertemu lagi kita diruangan ini dengan sebuah tajuk khas yang saya sunting dari kisah hidup saya sehingga saat penulisan ini diterbitkan. Sesungguhnya saya adalah milik Allah swt, Tuhan yang menciptakan saya dari campuran air mani yang bergambung sehingga seketul daging. Dan, dari daging itulah riwayat hidup saya ditulis dan ditetapkan segala tarikh-tarikh pentingyang akan terjadi sepanjang hidup saya. Sama ada hidup saya baik sehingga mati mahupun sebaliknya. 

Sesungguhnya setiap yang berlaku pada masa lalu, sekarang dan masa akan datang adalah kerana sumpah setia saya untuk beramal soleh kehadrat ilahi. Subahanallah, indah sungguh penciptaan saya ini. Biarpun diselang seli dengan musibah dan ujian-ujian yang berat. Tidakkah kita masih merasa kekurangan setelah segalanya Allah beri kepada kita? 

Lihat pada diri kita sendiri, Allah berikan kita yang utama Nyawa dengan tubuh badan yang cantik tampan serta cukup segala sifat beserta akal yang waras untuk melayari hidup ini. Betapa bertuahnya kita dijadikan manusia. Bagaimana kiranya kita lahir didunia sebagai haiwan, tumbuhan atau gunung ganang.

Berbalik kepada kisah hidup saya yang penuh suka duka. Susah dan miskin dunia adalah guru saya. Kerana miskinlah, kehidupan adik beradik saya seperti aur dengan tebing. Kami memerlukan satu sama lain. Begitu juga keluarga yang lain-lainya. Ikatan silaturrahim sangat diperlukan diwaktu senang mahupun susah.

Ayah saya adalah seorang kakitangan awam dalam bidang perguruan. Beliau seorang ayah, guru dan hamba Allah yang sangat cool. Beliau tidak menangis kerana kefakiran seetelah berhenti kerja sebagai seorang pendidik. Beliau tidak malu hidup susah dan beliau tidak pula meminta sedekah di kaki lima. Beliau sangat positif dalam membesarkan kami 8 orang adik beradik. Tidak mengeluh dan tidak pernah menyalahkan takdir kerana kehidupannya telahpun tertulis begitu di Lauh Mahfuz. 

Tidak bagi sesetengah ahli masyarakat sekarang yang sering menyalahkan takdir atas kesusahan-kesusahan hidup. Belum lagi yang mengeluh kerana Tuhan melahirkan mereka lelaki mahupun perempuan. Sudah hidup sebagai lelaki, mahu diubah watak hidup kepada perempuan. Tak dapat ubah buah khuldi, pakai implan pon boleh. Sudah ada terung nak jadikan kuih apam. Memang pelik manusia yang begini kerana mahu menunjukkan mereka bijak sedangkan Jin dan Iblis bergelak ketawa kerana bodohnya golongan bapok, pondan pengkid dan tomboy. Kesian sungguh pada kalian. 

Aku dibesarkan dan dididik dengan ilmu dunia ilmu akhirat dan syariat. Kerana kepayahan hidup, aku tidak, tidak cerewet dan tidak pula berusaha untuk menyusahkan kedua ibu bapaku. Hari ini aku lihat begitu ramai ahli masyarakat yang memanjakan anak-anak mereka secara berlebihan. Apa sahaja yang anak-anak mahukan, langsung ibubapa penuhi walau gaji belum diterima.

Hari ini, aku lihat didada-dada akhbar anak-anak mulai meminggirkan ibubapa yang suatu ketika dahulunya sangat mengasihi dan memanjakan mereka. Ramainya dikalangan masyarakat muda telah mula hilang kasih sayang dan selesa dengan tidak memperdulikan ibu ayah sendiri. Walhal, suatu hari mendatang kita juga akan mempunyai anak-anak sebagai penyambung keturunan kita. Jika hari ini kita berbuat sesuatu yang tidak adil kepada ibubapa kita, adakah esok lusa anak cucu kita akan menjaga kita sehingga kita mati? Tidak tuan-tuan. Hidup ini roda tuan-tuan. Hari ini diatas, esok dibawah. Jadi, kembalilah semula kita kepada fitrah kejadian manusia yang mementingkan kasih sayang dan perikemanusiaan.

Sebelum kita semua menutup mata, marilah kita segera memohon ampun dan maaf kepada ibu dan bapa kita kerana jasa-jasa mereka membesarkan dan mendidik kita hingga menjadi manusia yang sempurna jasad dan akal. Sedarkah kita manusia yang kita tinggikan suara itulah yang menjamin kita ke syurga mahupun neraka. Adakah kita rela jika Tuhan mengambil nyawa mereka sebelum sempat kita memohon ampun dan maaf? Tahukah kita, disini dunia adalah tempat kita bekerja dan beramal untuk hidup kekal abadi di negeri akhirat?

Begitu jugalah sebagai anak, suami dan menantu, aku bersyukur diatas setiap ujian yang Allah timpakan kepadaku. Tak mungkin tanpa ujian dariNya aku menulis diblog. Tidak mungkin tanpa ujianNya aku berkongsi pengalaman hidup aku dengan kalian. Mana mungkin pembaca blog ini telah melebihi 5000 orang. Ya! segalanya tidak mungkin tuan-tuan. Jadi, pesanan saya yang lemah ini, marilah kita sama-sama berusaha menjadi manusia yang baik, soleh serta taat kepada perintah agama.

Assalamu'alaikum wbt

MOHD TAUFIQ MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
13.11.2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?