Bro, Aku kemalangan - Apa Patut Aku Buat?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Tajuk :: Bro, Aku Kemalangan - Apa Patut Aku Buat?
Tarikh :: 11 Mei 2015

Pada suatu pagi yang hening, Ali telah menunggang motorsikal kesayangan beliau keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Tiba di suatu jalan yang beliau lalui setiap hari, lalu dia terdengar deruman enjin motokar yang kuat dan Ali segera melihat cermin sisi motorsikalnya. 

Allahuakbar ucap Ali, tak sempat beliau mengalih pandangannya, Ali telah dilanggar oleh sebuah motorkar dari arah belakang. Ali tercampak beberapa meter dari motorsikal yang ditungganginya. Terjelupuk jatuh ke tanah dan Ali memeriksa anggota badannya seperti latihan Pertolongan Cemas yng beliau ikuti sewaktu belajar dahulu.

 Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling
Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

Setelah 5 minit Ali cuba bangun, malangnya beliau gagal berbuat demikian keran tulang pahanya patah. Allahurabbi... Ali termangu dan kelu lidah. Dia mula berkira-kira untuk menambah tabungannya untuk berkahwin, mempunyai rumah dan anak. Nampaknya perancangan Ali telah menjadi kabur. Berat sungguh ujian yang bakal ditanggung oleh Ali.

Dapatkan maklumat dari pemandu lain
 
Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lessen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. 
 
Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. 
 
Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

Pemandu motorkar dikenali sebagai Abu, Abu cedera ringan, katanya dia tidak nampak Ali menunggang motorsikalnya, Abu memberi alasan bahawa dia mengelak lubang dan membuatkan beliau hilang kawalan terhadap motokarnya. Ali tidak berpuas hati kenyataan Abu, beliau mengatakan Abu cuai kerana jalan itulah tiap-tiap hari Ali lalu dan tiada tanda satu pun lubang di jalan tersebut.

Hubungi pihak insurans motorsikal anda
 
Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. 
 
Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. 
 
JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

Abu terkelu lidah tidak tahu nak kata apa. Dia kesal dengan sikapnya memandu secara melulu. Nasib Ali baik kerana ramai saksi di laluan tersebut. Alhamdulillah getus Ali didalam hati. 

 Buat laporan polis di balai polis terdekat
 
Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. 
 
Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. 
 
Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.

10 minit kemudian sebuah Ambulan telah sampai dan menguruskan Ali. Dalam menahan kesakitan Ali mengenangkan beberapa perkara :

 Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri 
 
Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. 
 
Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. 
 
Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

1. Motorsikal kesayanganya
2. Pekerjaannya
3. Nasib dirinya
 
Jika anda mengalami masalah seperti yang diatas;

Anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini.

MENGURUSKAN INSURAN (PEMBAIKAN MOTORSIKAL)

* Pastikan Cukai Jalan anda masih sah
* Jika Cukai Jalan tamat tempoh, anda akan dikenakan kompaun

1. Hubungi Penyedia Insuran Motorsikal anda (Contoh : Etiqa Maybank / Allianz
2. Buat report polis dan sertakan salinan repot semasa membuat tuntutan.
3. Pihak insuran akan meminta anda menghantar ke bengkel
4. Pihak bengkel akan menghantar sebut harga kerosakan kepada Pihak Insurans
5. Pihak Insurans akan membayar kos pembaikan.
6. Pihak Bengkel akan menghubungi pihak anda setelah pembaikan siap dijalankan.

MEMAKLUMKAN KEPADA MAJIKAN

* Pastikan anda punya majikan

Hubungi pejabat anda dan menyatakan anda terlibat dalam kemalangan jalanraya pada sekian tarikh.

CARA MENUNTUT FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

Tempoh Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. Walau bagaimanapun, Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Syarat Kelayakan

i. Seorang pekerja yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;  
ii. Kemalangan yang menimpa orang berinsurans berpunca daripada pekerjaannya; 
iii. Laporan Polis hendaklah dikemukakan bagi kemalangan semasa dalam perjalanan; 
iv. Hilangupaya sementara hendaklah terus berlaku sekurang-kurangnya (4) hari termasuk hari kemalangan 
v. Faedah akan dibayar berdasarkan jumlah cuti sakit yang disahkan oleh doktor. Walau bagaimanapaun, faedah tidak akan dibayar pada hari di mana orang berinsurans dibayar gaji dalam tempoh cuti sakit tersebut    

 Kadar Bayaran Faedah
 
  • Kadar bayaran FHUS dibayar berdasarkan kadar harian sebanyak 80% daripada gaji harian purata anggapan orang berinsurans
    i. Gaji harian purata anggapan ialah sebanyak satu pertiga puluh (1/30) gaji bulanan purata anggapan bagi orang berinsurans.
    ii. Gaji bulanan purata anggapan ialah suatu amaun yang senilai dengan jumlah gaji bulanan anggapan dalam masa enam bulan berterusan sebelum sahaja bulan dalam mana bencana kerja itu berlaku dibahagi dengan bilangan bulan tersebut.
  • Kadar harian FHUS adalah tertakluk kepada:
    i. Minima RM30.00 sehari (untuk pekerja bergaji kurang daripada RM30.00 sehari)
    ii. Maksima RM78.67 sehari (untuk pekerja bergaji melebihi RM2,950.00 sebulan)


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan :

  • Borang 21 - Laporan Kemalangan
  • Borang 10 - Borang Tuntutan
  • Salinan Kad Pengenalan ( depan & belakang)
  • Sijil Cuti Sakit Asal / Borang 13 (Klinik Panel)
  • Salinan Rekod Kedatangan / Kad Perakam Waktu bulan kemalangan (disahkan oleh majikan) atau Surat Pengesahan Majikan (yang mengesahkan orang berinsurans hadir bertugas pada hari kemalangan jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
  • Surat kebenaran mendapatkan maklumat perubatan
Tahukah Anda ?
eSemak
Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan anda gagal mencarum untuk anda dengan PERKESO. Sila semak status pendaftaran anda melalui eSemak atau di semua pejabat PERKESO yang berdekatan.

 CARA MEMBUAT TUNTUTAN PAMPASAN KEMALANGAN (PEMANDU)

Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar
 
Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. 
 
Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. 
 
Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.
 

Sekian,

Terima Kasih

Mohd Taufiq Mohamed
Simple Blogger | Trusted Seller Vken | Ejen Sah Coway
11.05.2015




 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?