PENGALAMAN TIDAK DIBELI


Hasil carian imej untuk assalamualaikum


TAJUK : PENGALAMAN TIDAK DIBELI
TARIKH : 10.05.2015

Aku melalui jalan hidup dengan rutin yang berbeza sebagai sorang individu, berbangsa melayu, beragama Islam dan menempuh onak duri sebagai Muslim. Aku bukanlah sorang Muslim yang sejati seperti Saidina Umar R.A ataupun mana-mana sahabat Nabi SAW. 

Aku sebaik-baiknya ingin meniru gaya hidup ikon Muslim yaitu Muhammad Bin Abdullah. Aku berangan-angan kelak pabila mendapat zuriat, ingin aku menamakannya dengan nama Abdullah dan bakal cucuku bernama Muhammad.

Ia suatu proses yang panjang, ianya bukan seperti jangkaan ramai bahawa, selepas satu-satu pasangan tersebut bernikah maka mereka bakal menimang cahaya mata. Allah Maha Besar. Selama usia perkahwinanku tiada yang lebih didambakan melainkan ingin menimang zuriat sendiri. Tetapi, Allah Maha Mengetahui dan Pengetahuan Allah itu tidak mampu aku capai walaupun aku berbilion-bilion sel dalam otak. Allahurabbi. Betapa kerdilnya aku.

Tahun Pertama Perkahwinanku

Aku bergelut dengan diri sendiri untuk menyediakan tempat tinggal bagi kami berdua. Walaupun aku tinggal di bandaraya tidak bermakna pendapatanku sebesar kawah. Alhamdulillah ia cukup makan dan kadangkalanya aku menidakkan kemahuan perut sendiri untuk mendapatkan sesuap nasi. Ia pengalaman perit apatah lagi aku bukanlah lepasan ijazah universiti.

Aku telah biasa melalui liku-liku kehidupan yang sentiasa mendatangi aku setiap masa. Ya. Lahir didalam keluarga sederhana miskin (harta) mengajar aku banyak perkara. Aku tidak belajar meminta-minta tetapi diajar supaya memberi. Sebagai anak watan Kuala Lumpur, aku dibesarkan dalam suasana hingar-bingar kesibukan kota dari awal pagi hinggalah kelewat malam. Faham sajalah, aku tinggal di sebuah flat milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang paling masyur iaitu flat pekeliling. Kedudukan blok betul-betul dihadapan Jalan Tun Razak yang menjadi nadi penghubung antara daerah Ampang dan Bandar Kuala Lumpur. Belum dikira aksi nakal anak-anak muda yang liar bersosial. Pemuda-pemuda yang baru mendapat lesen memandu dan masih gian untuk menunjukkan skil memandu dan paling utama diwaktu puncak Ambulan, kenderaan kenamaan yang juga menjadi rojak dengan pelbagai jenis bunyi-bunyian. Kehidupan hutan batu, begitulah keadaannya.

Tahun Kedua Perkahwinanku

Aku merayau-rayau disetiap pelusuk tempat yang aku ketahui. Mencari-cari kediaman yang mampu dibeli. Aku melihat senarai dari akhbar, laman hartanah dan juga meja-meja jualan rumah di pintu masuk pasar raya. Subhanallah hampir 1 tahun (2012) aku mencari rumah di bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Hampir aku berputus asa kerana peritnya mencari kediaman teres dengan bajet aku sebagai penghantar surat. RM180,000 adalah suatu bajet yang diluar kemampuan aku sebenarnya, tetapi aku kuatkan juga usaha aku bekerja. 

Hujung tahun hanya tinggal 2 bulan dan aku masih mencari sehinggalah tergerak hatiku untuk mencuba daftar di LIGAMAS SDN BHD. Sebuah anak syarikat dibawah PKNS. Alhamdulillah, akhirnya usaha aku mecari kediaman ketemu jua akhirnya. Syukur pada Allah aku zahirkan dengan melakukan solat sunat istikharah. Aku mengulang-ngulang ibadah tersebut agar aku tidak melalukan keputusan yang salah. Ilham yang Allah berikan sangat menyenangkan aku kerana urusan dari mendapatkan pinjaman perumahan dan pengeluaran KWSP aku berjalan lancar. Alhamdulillah.

Tahun Ketiga Perkahwinanku

Aku dan isteri masih menumpang di rumah mertua dan ibuku kerana kediaman sendiri masih dalam pembinaan. Alhamdulillah, mereka mengizinkan kami tinggal bersama sementara rumah kami siap dibina. Alhamdulillah, permulaan tahun 2013 kami mulakan dengan membayar faedah pinjaman, ia berlarutan dengan baik tanpa ada sedikit cacat cela sedikitpun. Kami mengutamakan membayar hutang terlebih dahulu dengan pendapatan bulanan yang kami terima. Alhamdulillah, walaupun nampak seperti pasangan yang tidak berduit, sekurang-kurangya kami menternak sebuah hartanak pada pasa akan datang. 

Bulan 10/2013 kami lalui seperti biasa dengan melakukan segalanya dengan baik dan normal. Akhirnya suatu perkara yang mengubah sedikit rentakku dalam kehidupan yang pada aku sangatlah menjejaskan urusanku. Di suati pagi, aku terlibat dalam satu kemalangan yang telah meranapkan pekerjaan aku. Aku dilanggar di satu persimpangan jalan negeri yang mana pemandu motokar tersebut secara cuai melanggar peraturan lampu isyarat. Aku tak sempat berbuat apa-apa, apabila aku bangun dari motor aku melihat kakiku telah terkulai dan keadaannya hampir putus. Subhanallah...

Terkelu lidahku kerana ia suatu pengalaman baharu setelah apa yang aku alami selama ini. Allahurabbi. Pengalamanku yang baharu dan ianya benar-benar telah terjadi. Urusan ku juga Allah permudahkan walaupun aku diuji dengan kehilangan pendapatan, dan paling utama walaupun begitu keadaanku aku masih punya semuanya, masih ada isteri disisi, masih ada keluarga yang mendoakan dan paling utama Allah memberiku peluang kedua untuk membina maa depan yang lebih baik.

Tahun Keempat Perkhawinanku

Tahun keempat adalah tahun baharu bagiku untuk meningkatkan kebolehan serta kembali cergas seperti sediakala. Walaupun aku tidaklah secergas dahulu, kerap aku berdoa agar aku boleh keluar dari ujian ini dengan boleh berjalan tanpa bantuan oleh orang lain. Alhamdulillah, doaku akhirnya Allah perkenankan walaupun ia mengambil masa berbulan-bulan hingga hampir 2 tahun. Aku sabar redha dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah, dalam sakit dan kurang upaya diri, aku gagahkan jua untuk mencari sedikit wang, mendaftar syarikat sendiri, menjual kelengkapan dapur dan bilik air dari Coway dan menjual serta berkongsi khasiat Stokin Ajaib Vken yang aku sendiri gunakan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah pemakaian Stokin Ajaib Vken selama 2 bulan membuatkan aku kembali yakin untuk kekal sihat tanpa makan dan bertahan dengan ubatan tablet yang hampir merosakkan fungsi buah pinggangku. 

Tahun Kelima Perkahwinanku

Alhamdulillah, setelah diterima bekerja kembali, aku semakin yakin untuk menempuh cabaran baharu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami bakal menduduki rumah baharu kami pada tahun ini dan sebelum menyambut hari lebaran. 

Kemungkinan besar, Allah akan mengabulkan pula permintaanku untuk menimang cahaya mata bernama Abdullah. Hanya sanya dengan izin Allah maka dapatlah. Jika tiada ia adalah perancangan Allah pada kami untuk menerima yang lebih baik.

Mengakhiri nukilan ini,

Saya ingin berkongsi sedikit pesanan 

" Janganlah segan malu untuk berdoa, dan janganlah pula merasa rendah diri di atas ujian yang mendatang "

Teima kasih

Mohd Taufiq Mohamed
Simple Blogger | Trusted Seller Vken | Ejen Sah Coway
10.05.2015







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?