Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Share your article with Me now!

 (Please use Google Translate to read this article) Salam Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menulis lagi pada saat ini. Pelawat makin bertambah setiap hari dan saya rasa sangat gembira dengan hal ini walaupun saya tidak menjadikan menulis ini sebagai punca pendapatan tetap saya. Insya-allah, untuk hari mendatang saya ingin terus berkongsi artikel saya dengan kalian dengan mengujudkan lebih banyak ruangan menulis seperti Blog-blog saya di laman ini. Saya ingin menawarkan satu lagi kaedah dalam penulisan saya seperti berkongsi maklumat, gambar, keadaan semasa, dan pelbagai situasi dengan kalian semuanya. Jika kalian suka dengan penyampaian saya dalam blog ini, anda boleh berkongsi artikel-artikel anda dengan saya dengan menghantar artikel-artikel anda ke emel saya di : taufiqmohdkl@gmail.com Insya-allah, segala yang baik datangnya dari Allah swt, segala kekurangan di blog ini adalah diatas kelemahan saya send...

Kongsikan artikel anda dengan saya

Salam Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat menulis lagi pada saat ini. Pelawat makin bertambah setiap hari dan saya rasa sangat gembira dengan hal ini walaupun saya tidak menjadikan menulis ini sebagai punca pendapatan tetap saya. Insya-allah, untuk hari mendatang saya ingin terus berkongsi artikel saya dengan kalian dengan mengujudkan lebih banyak ruangan menulis seperti Blog-blog saya di laman ini. Saya ingin menawarkan satu lagi kaedah dalam penulisan saya seperti berkongsi maklumat, gambar, keadaan semasa, dan pelbagai situasi dengan kalian semuanya. Jika kalian suka dengan penyampaian saya dalam blog ini, anda boleh berkongsi artikel-artikel anda dengan saya dengan menghantar artikel-artikel anda ke emel saya di : taufiqmohdkl@gmail.com. Insya-allah, segala yang baik datangnya dari Allah swt, segala kekurangan di blog ini adalah diatas kelemahan saya sendiri. ** Jika artikel-artikel anda menjadi catatan Popular, insya-alla...

Segalanya Allah... Alhamdulillah...

Imej
Salam, Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah Taala atas kurniaan-Nya menurunkan hujan untuk mengurangkan kesan Jerebu yang melanda Semenanjung Malaysia khususnya pantai barat negara ini yang terjejas teruk. Selepas pulang dari tempat kerja, saya ke stesen minyak untuk mengisi petrol. Aish. takkan gi pesan pizza kot. hehe. Kelihatan langit mendung disertai angin sepoi-sepoi bahasa bagaikan memberi isyarat bahawa hujan bakal turun. Hanya sekilas pandangan sahaja. Usai mengisi petrol, hujan telah turun dengan lebatnya tapi ianya tidak disertai dengan kilat dan guruh. Subhanallah. Allah Maha Besar. Sekian sahaja nukilan saya Admin

Jerebu sekitar Lembah Kelang (Hazard on Klang Valley)

Imej
Salam Pada hari Rabu lepas 26.6.13, saya telah berkesempatan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (Shah Alam High Court) atas satu urusan rasmi. Sementelah saya di sana, dalam keadaan Jerebu yamg boleh tahan teruknya dan jarak penglihatan kurang 1.5km. Suasana agak panas dan mengeringkan anak tekak. Sudahlah, masa banyak dihabiskan diatas jalan, ditambah pula keadaan yang berjerebu dan ini mengundang banyak masalah kepada kesihatan. Saya telah merakamkan beberapa keping gambar semasa menunggang motor. Perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya biasanya hanya 25 minit merosot kepada hampir 40 minit kerana jarak penglihatan yang terhad. Jom sama-sama layan gambor yang telah saya ambil. Have fun ya!      Gambar sekitar perkarangan Mahkamah Shah Alam, Selangor, Malaysia       Gambar sepanjang lorong motorsikal di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), Kuala Lumpur, Malaysia S...

Jerebu oh Jerebu

Salam Nampaknya ramai yang tidak sihat setelah sang Jerebu melanda negara-negara Asean. Kawan-kawan ambo yang hampir 6-8 jam atas jalan adalah golongan yang paling terkesan dengan masalah Jerebu yang sudah menjadi acara tahunan untuk negara-negara Asean. Seingat saya masalah jerebu ni pertama kali berlaku sewaktu saya di darjah 5. Waktu tu, kami tak tahu apakah benda yang dipanggil Jerebu. Mungkin disebabkan saya membesar di Bandaraya Kuala Lumpur, ianya biasa. Semalam, sewaktu saya ingin bertolak ke Bentong, keadaan berjerebu dan cuaca panas hingga tekak menjadi kering. Saya telah rujuk banyak akhbar berkaitan masalah Jerebu ini, yang sedia maklum tentang permasalahan ini. Sehingga akhbar jiran kita (Indonesia) dalam satu laporan mengatakan bahawa bala ini telah dilakukan oleh orang-orang kaya dari negara kita (Malaysia) yang membuka ladang-ladang di Sumatera. Ada benarnya, tapi kita takkan nak menuding antara satu sama lain. Kerana kita telah lama berjiran. Pada pandangan s...

Welcome to Bentong, Pahang

Imej
Salam Semalam adalah hari yang cukup memenatkan kerana saya telah memandu melebihi had dalam masa 1/2 hari. Dalam keadaan jerebu yang menyakitkan mata serta organ pernafasan, saya terus memandu kerana ingin berkongsi cerita dengan sahabat sekalian. Setelah kami bertolak dari Kampung Janda Baik, Pahang, kami meneruskan perjalanan kami ke Daerah Bentong yang juga terletak didalam Negeri Pahang. Jarak perjalanan antara Genting Sempah dengan Pekan Bentong, kami ternampak satu pemandangan Air Terjun yang cantik ditengah-tengah hutan belantara. Sungguh asyik saya melihat keindahan flora dan fauna dan hampir terlupa bahawa perjalanan kami ke Pekan Bentong telah tertunda hampir setengah jam. Setelah meninggalkan lokasi air terjun tersebut, kami telah sampai ke lokasi yang kami tuju iaitu Pekan Bentong. Disini terletaknya sebuah premis milik adik sahabat karib saya. Premis terbabit terletak didalam kawasan perumahan Taman Orkid, Bentong, Pahang. Maaf, kalau gamb...