Langkau ke kandungan utama

17 Majikan di Sandakan tidak daftar pekerja : PERKESO

 17 majikan di Sandakan tidak daftar pekerja: PERKESO

 
 
SANDAKAN: Seramai 17 majikan di sekitar daerah ini dikesan tidak mendaftarkan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tempoh lima bulan pertama, tahun ini.

Pengurus Pejabat PERKESO Sandakan, Joseph Immanuel, berkata daripada jumlah itu, 12 majikan didakwa di mahkamah manakala lima dikenakan kompaun mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada perasmian Seminar Seranta di sini hari ini yang dibacakan Pegawai Eksekutif Pejabat PERKESO Sandakan, Sahriah Sennawing.


Menurut Joseph, akta itu memperuntukkan setiap majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja, perlu mendaftar dengan PERKESO.

Katanya, majikan yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, terdapat seramai 9,709 majikan berdaftar dengan PERKESO di tiga daerah termasuk Sandakan, Beluran dan Kinabatangan membabitkan sejumlah 100,788 pekerja dalam pelbagai sektor.

Seminar sehari itu, bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan faedah Perkeso serta perubahan Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Perkeso 1971.
- BERNAMA 

Sekian, perkongsian berita dari Berita Harian Online.
 
Admin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?