Welcome to Bentong, Pahang
Salam
Semalam adalah hari yang cukup memenatkan kerana saya telah memandu melebihi had dalam masa 1/2 hari. Dalam keadaan jerebu yang menyakitkan mata serta organ pernafasan, saya terus memandu kerana ingin berkongsi cerita dengan sahabat sekalian.
Setelah kami bertolak dari Kampung Janda Baik, Pahang, kami meneruskan perjalanan kami ke Daerah Bentong yang juga terletak didalam Negeri Pahang.
Jarak perjalanan antara Genting Sempah dengan Pekan Bentong, kami ternampak satu pemandangan Air Terjun yang cantik ditengah-tengah hutan belantara.
Sungguh asyik saya melihat keindahan flora dan fauna dan hampir terlupa bahawa perjalanan kami ke Pekan Bentong telah tertunda hampir setengah jam.

Setelah meninggalkan lokasi air terjun tersebut, kami telah sampai ke lokasi yang kami tuju iaitu Pekan Bentong. Disini terletaknya sebuah premis milik adik sahabat karib saya. Premis terbabit terletak didalam kawasan perumahan Taman Orkid, Bentong, Pahang.
Maaf, kalau gambar kurang jelas.
Akhirnya kami sampai disini kerana urusan ini telah tertangguh kerana kekurangan pengangkutan yang selesa.
Akhirnya kami sampai di Pekan ini lebih kurang jam 2.00 petang
Prasarana yang ada disekitar Pekan ini
Setelah usai melawat Pekan Bentong, kami bergegas pulang menuju satu lagi destinasi pelancongan di Negeri Selangor
Sekian,
Admin
Ulasan