Kecurian atau dicuri?

Salam

Apa khabar semua? diharapkan anda semua dalam keadaan baik sentiasa. Hari ini ingin saya berkongsi cerita mengenai 'Kepekaan Dalam Menangani Masalah Kecurian'.

Umum mengetahui bahawa mencuri adalah satu sikap dan cara hidup yang dilarang dalam semua agama. Terutama sekali dalam agama Islam. Saya tahu, kalian sudah tentu lebih faham mengenai tajuk diatas bukan?

Saya amat khuatir jika budaya ini berterusan didalam masyarakat kita. Cuba kita bayangkan jika ada ahli keluarga kita terlibat dan wang yang hadir selepas aktiviti curi terbabit disuap dalam mulut isteri dan anak pinak. Tidakkah itu satu jalan yang jahat dan licik?

Dewasa ini, pihak penguatkuasaan perlu mengambil langkah positif untuk menanganinya. Sebagai contoh, saya sebagai seoarang 'peon' acapkali terjumpa bangkai motorsikal yang telah siap di 'lapah'.

Ini gambar yang saya ambil di Bangunan Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia dan semua bangkai motorsikal yang siap di 'lapah'.




Motorsikal jenis Yamaha LC135 Super Sport warna Hitam/Oren 


Motorsikal jenis Modenas


Motorsikal jenis Modenas warna biru/putih 



Jangan baca saja, gunakan teknologi yang ada untuk membantu pihak berkuasa kita jika apa yang kita nampak sesuatu yang mencurigakan.

Kepada para pembaca yang baik, jika anda kenal dengan no. Plat motorsikal tersebut, sila beritahu pada yang punya. Kerana kita tidak mahu budaya ini menjadi sebahagian dari amalan masyarakat Malaysia yang madani.

Saya sudahi dengan ucapan terima kasih kerana, kalian sudi membaca nukilan seorang 'peon'.

Sekian, Salam


Admin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?