Antara sahabat, logik dan teh tarik!
Assalamua'laikum wbt semua dan selamat malam.
Alhamdulillah... syukur aku masih bernyawa untuk menyambung penulisan yang kucar kacir ni.. (^^)
Kesempatan berbual sedikit panjang berbanding semalam membuatkan aku berfikir banyak kali serta banyak perkara. Benar, tiada seorang manusia pun yang menginginkan hidup derita serba daif. Tapi, hanya dengan usaha sungguh-sungguh akan mengubah cara hidup, pemikiran dan idea seseorang itu.
Kesempatan yang ada aku gunakan untuk bertanya dan hanya menunggu jawapan dari mulut sahabat baruku tu. haha.. bunyi cam kelakar tapi, memang seronok berbual, berceloteh dengan dia. baru dua kali jumpa dan borak aku rasa macam sudah kenal dari lahir..
Berbalik pada tugas urusan kerja yang memerlukan aku untuk mengejar masa, mebuatkan kepalaku sentiasa berfikir bagaimana cara untuk memudahkan kerja orang lain dan pada masa yang sama aku boleh rileks. Bunyi macam mudah tapi belum tentu mudah untuk memahami kehendak pengguna yang berbagai ragam.
Sibuk sangat berbual aku terpandang jam di gajet Android kesayanganku (my birthday present). Huh! hampir aku terlupa untuk masuk town.. my collegue got court matter but that document i almost forgot to take from Commissioner of Oath...
Mungkin pada pandangan setengah org, as a despatch buat apa nak rushing??? buat penat badan jer. Ooops! itu bukan caraku, aku sanggup buat apa saja agar flow kerja aku cantik!.
Aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat baruku itu kerana melayan pelanggan yang hadir ke lot kedainya. Aku berani jamin makanan, dan minuman yang terdapat di kedai tersebut wajib untuk dikunjungi berulang kali. Pertamanya, contoh sepeti cendol. Kalau korang perasan lah... bila pergi mamak memang sedap tapi cara penyediaan dan kebersihan langsung tak diendahkan..
Aku beri cadanganlah.. kalau ada masa lapangkan, korang mai la lepak sambil membasahkan tekak korang tu. Bukan kehendak hati nak puji org melambung tinggi, tapi nak bagi korang kenal taukey dia yang sangat mesra pelanggan tu. Pada yang ada motor berkuasa tinggi tu bolehlah ajak geng bikers minum kat sini. Asalkan korang bukan ahli kongsi gelap sudahlah..(^^,).
Kalau sahabat lain mahu berkenalan dengan tokey kedai Cendol yang saya maksudkan. Sila tekan - CENDOL!
"Hidup berhemah dan kuatkan ukhuwah antara satu sama lain"
Sekian,
Mohd Taufiq bin Mohamed
Penulis @ Blogger
www.ilhamtulisdanbaca.blogspot.com
taufiqmohdkl@gmail.com
Pengasas Bersama @ PBSWM
www.majlispengasaspbswm.blogspot.com
www.pbsatriawm.blogspot.com
persatuanbeliasatriawangsamaju@gmail.com
Pemilik Rangkaian Niaga @ Syarikat Satria Niaga Muda Ent.
www.niagamuda.webs.com
www.niagamudacs.blogspot.com
niagamudamalaysia@gmail.com
Ulasan