Membina angan-angan!
Assalamua'laikum wbt dan selamat petang semua.
Macam mana keadaan anda harini? Bisnes baik? adakah anda semua okay? hehe.. saja tanya.
Dalam keadaan serba mencabar serta perasaan membuak-buak untuk berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lain.. benar2 menguji kesabaran dan ketahanan jiwa.
Sempat berbual dengan seorang sahabat yang juga 'peon' sepenuh masa.. bertukar idea dengannya membuatkan aku terkedu kerana sikapnya yang ramah serta suka berkongsi maklumat. Perkara ini penting dalam komunikasi.
Bila dengar gelagatnya berceloteh berkenaan bidang kerjanya, aku terasa diriku tidak semahir dia. Kemampuan dia mengingat setiap perkara di semua tempat memyebabkan aku berfikir dua kali untuk mengupahnya untuk buat 'part-time' dengan NMCS!
Maha Suci Allah... aku termenung sebentar dikala Mevius hanya dibakar tanpa berkepul-kepul.. ah-ha! Ini lebih bagus kerana tenaga mahir amatlah aku perlukan. Dalam berbincang mengenai masa depan bisnes yang bakal aku jalankan, aku meletak 'target' supaya dapat bergerak seiring dengan pembangunan ekonomi semasa.
Benar kata orang... kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!. Aku kena buat kerja 'triple' untuk aku lakukan usaha memartabatkan saudara seagama aku agar usahaku dapat memberi harapan pada org lain. Biarlah bangsa lain tahu tiada satu org pun bangsaku yang masih susah. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. dan mungkin ada yang langsung tak makan kerana kesusahan hidup walaupun nenek moyang adalah pemilik tanah.
Tapi... aku ni plak jenis yang suka ambil risiko biarpun aku belum pasti akan keadaan masa akan datang. Siapa pula antara kita yang boleh meramal masa depan kan? kita bukan di zaman Nujum Pak Belalang! (itupun anaknya yang mencuri dengar perbualan)...
............................................
Ada beberapa langkah permulaan perniagaan untuk aku ambil perhatian.. terutama di bahagian pengurusan, agihan, dan kewangan.. buat masa ini aku uruskan bagi ketiga-ketiga bidang. Itulah pengalaman yang aku ada setakat ini kerana dapat menguruskan dengan baik Persatuan Belia. Cuba korang bayangkan disetiap persatuan, kelab atau pun Parti. Mereka semua telah diberikan tugas masing-masing. Tapi, sebaliknya yang berlaku pada aku... atas inisiatif sendiri dan ajakan sahabat karib yang mendorong aku untuk mencari dan menyakinkan kalangan bekas pelajar serta anak didik kami untuk menjadi ahli yang pertama. Sehinggalah suatu saat, Persatuan Belia kami ditubuhkan dan diseliakan secara sepenuh masa hanyalah aku dan rakan karibku. Nampak macam kelakar... tapi itulah hakikat di sebalik kejayaan kami berdua dari penubuhan hinggalah berjaya membawa sekolah-sekolah bimbingan kami mengecapi kejayaan di Pertandingan Kawat Kaki..
.....................................
Sekiranya ada diantara sahabat yang ingin melihat salah satu Pasukan yang kami pernah bawa, sila klik disini.
Sekian,
Terima kasih
Mohd Taufiq bin Mohamed
En. Mohd Taufiq bin Mohamed
+6012-6391558
Pengurus | Pemilik | Blogger
NM Courier Services
[Milikan penuh Syarikat Satria Niaga Muda Ent]
www.niagamuda.webs.com
www.niagamudacs.blogspot.com
Ulasan