Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Bahaya Syiah keatas ASWJ. Baca_Faham_sebarkan

Imej
Salam Kepada Muslimin dan muslimat. anda adalah digalakkan untuk membaca dan fahami tentang bahaya Syiah. Ideologi manusia yang menyesatkan manusia yang lain. Jom Baca! 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah. 1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat m ereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada. 3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud. 4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali. 5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir. 6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan). 7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Na...

:: cina islam | 2013 ::: Puasa Yang Tidak Di Terima Dengan Sempurna

:: cina islam | 2013 ::: Puasa Yang Tidak Di Terima Dengan Sempurna : 22 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Dari Abu Hurairah  radhiyallahu 'anhu , ia berkata, "Rasulullah  sha...

PREVE' HATCH BACK 2013

Imej
Salam Apa khabar semua? 2-3 hari ini, Sebuah anak syarikat milikan penuh DRB-HICOM iaitu Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) akan melancarkan model terbaru mereka yang diberi nama Proton Preve' Hatch Back . Admin dengar2 desas-desus pelancarannya dalam atau selepas Aidilfitri tahun ini. Pada hemah Admin ada baiknya jika pihak Proton menukar sedikit gaya penampilan model ini supaya ada perbezaan dengan Proton Preve' Sedan . Admin kepilkan gambar dari beberapa penulis blog seperti www.azelery.com , www.funtasticko.net , www.paultan.org . Admin juga ingin mengucapkan Tahniah atas pengenalan Model terbaru ini. Insya-allah, Proton akan kembali menguasai pasaran jika harga dan spesifikasi menepati selera dan poket rakyat. Semoga Berjaya Sekian, Terima kasih Admin

Raya sakan 2013

Imej
Salam, Apa khabar semua? Bagaimana puasa kalian? Harap2 kalian sihat yer! Mmmm.. acanor persiapan Hari Raya Aidilfitri kalian? Semua sudah beli atau masih guna pakaian raya tahun lepas? Walau apapon yang kalian buat.. pastikan jangan membazir ye.. Admin juga keluar beli barang keperluan, tapi tak sehebat Raya tahun2 lepas... nak tahu kenapa? Kerana keadaan ekonomi dunia yang amat perlahan dan Kerajaan kita juga nampaknya mengambil langkah berjimat cermat. Tapi, tak mengapalah... biarlah pakar2 ekonomi yang membawa hala tuju ekonomi negara dengan pelaburan yang menguntungkan kedua2 belah pihak. Saya sebagai rakyat marhaen hanya menyokong keputusan kerajaan kiranya sesuai dengan manfaat untuk rakyatnya.. p/s : Admin sertakan gambar yang diambil di Gedung Beli Belah Sogo di Kuala lumpur. Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri pd semua Muslimin & Muslimat dari Admin & Keluarga

PRK-N1 Kuala Besut @ Happy Voting

Salam, Diharapkan kalian semua sihat dihari kelima belas Ramadhan pada hari ini 24.07.2013. Macam mana dengan puasa? Ada yang dah ponteng ke? Harap2 tidaklah yer!! Kecuali org puang tu lain la citernye. Hari ini saya nak ucapkan Selamat bertanding kepada kedua-dua calon dari Parti Barisan Nasional yang diwakili oleh Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang lebih dikenali sebagai Che Long. Sesiapapun antara anda yang menang, tolonglah bekerja kerana Allah taala dan janganlah berharap akan redha manusia. Sekian, Salam Maju jaya.

Aku, Niaga dan Blog

Salam, Alhamdulillah... semalam 10.07.2013 menjadi satu cerita sejarah dalam hidup saya selepas saya mengambil tindakan nekad untuk membuka sebuah syarikat milikan sendiri. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya telah berjaya mendaftarkannya dibawah nama SATRIA NIAGA MUDA ENTERPRISE dengan No. Syarikat : 002243062-M.  Untuk pengetahuan bersama, Pihak syarikat berbesar hati untuk menawarkan beberapa khidmat perniagaannya seperti ; 1. Kami menjual dan membekal pakaian seragam [ Unit Beruniform] 2. Kami juga menyediakan Khidmat Pembantu /  Jurulatih [ Unit Beruniform] 3. Kami juga ada menyediakan Khidmat fasilitator untuk sebarang aktiviti luar kelas 4. Kami juga ada menjual produk-produk kesihatan seperti Woongjin Coway! 5. Kami juga menyediakan lain-lain perkhidmatan. Sebarang maklumat, sila layari www.niagamuda.webs.com atau www.pbsatrianm.blogspot.com. Sekian, Admin

Keselamatan Jalan Raya - Al-kisahnya

Imej
Salam, Haa.. ni den nak kongsi cerito dan pengalaman den sewaktu den memandu semaso perjalanan pulang dari Kuantan tempoh hari. Den ni gomar lalu jalan lamo semato-mato nok molihat kehijauan flora dan fauna ciptaan Allah swt. Iyolah, den dari kocik tinggal bondar, den dah naik boring dah...    Tibo-tibo den ternampak sebuoh pikap (Isuzu Dmax) tosadai tongah jalan.. pemandunyo den tak nampak... lopeh tu... den ternampok sebuoh motosikal jenis (Honda EX5) remuk dongan penunggang serto pembonceng (seorang kanak-kanak) tobaring atas jalan dengan si ayah budok tu berlumuran darah dikepalonya.. Si anoknya, terbaring mengorang kesakitan (Mungkin patoh kaki)... den borghontikan kereto dan turun bantu apa yang patut. Disini, den bolaja sesuatu yang pihak berkuasa kurang peka dengan Isu keselamatan jalan rayo. Walaupun, dalam kampung, pihak berkuaso mestilah selalu turun padang. Boi penerongan berkaitan penggunaan topi keledar...

Aku, Keluarga dan Blog

Imej
Salam, Alhamdulillah, beberapa jam lagi kita akan masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Diharapkan semua akan berjalan lancar pada hari ini. Malam tadi 8.7.13, saya berkesempatan menghantar adik perempuan saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) . Saya ditemani isteri, ibu saya dan adik lelaki saya menemani dan menghantar adik saya untuk ke Persidangan Asean Penyelidikan mengenai penyakit (Katarak) di Pu Dong, Republik China . Saya mengharapkan adik saya dengan rakan-rakannya berjaya dalam penyampaian mengenai cara merawat penyakit katarak. Selamat maju jaya abang ucapkan. Sekian, Admin

Kongsikan kemahiran anda dengan saya...

Salam, Saya ingin berkongsi sedikit kemahiran yang Allah swt kurniakan kepada saya dengan anda semua dan anda juga boleh berkongsi kemahiran anda dengan saya. "How to earn money with your skills" Bagaimana ya... Insya-Allah pasti ada jalannya, bukan? Sebagai contoh anda mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat tetapi anda punya pasaran yang terhad. Apakata, anda kongsikan kemahiran anda dengan seperti Langkah 1 . Langkah 1 1. Tuliskan kemahiran anda, 2. Berikan nama akaun sosial anda seperti : Twitter / Facebook/ Tumblr 3. Sekeping gambar berpakaian kemas. 4. Sila emelkan semua maklumat diatas ke : taufiqmohdkl@gmail.com Sekian, Admin

Jom kongsi rezeki...

Imej
Salam, Jom kongsi rezeki anda dengan saya. Bunyi pelik tapi tidak mustahil dengan caranya yang mudah dan anda tak perlu bazirkan wang, tetapi perniagaan anda akan bertambah maju. Caranya begini. Langkah Pertama 1. Anda hanya perlu mengirimkan melalui emel logo perniagaan anda Contohnya :    2. Anda perlu memberikan link untuk pengunjung mengetahui perniagaan anda tersebut.  Contohnya :  http://www.nasilomakden.com.my 3. Insya-alllah perkongsian maklumat syarikat anda dengan saya akan memberi titik tolak positif untuk perniagaan anda. untuk maklumat lanjut; Sila hubungi hubungi saya melalui : (HP)                 : +6012-6391558  (Emel)              : taufiqmohdkl@gmail.com Sekian, Admin ** Jom tambah amal ibadah dengan mengeluarkan sedikit sedekah am...

Aku dan blog

Salam, Selamat petang kepada semuanya yang sedang berehat di hari sabtu ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, akhirnya saya sampai juga disini, The Legend Hotel, Cherating, Pahang Darul Makmu r. Terutama sekali saya ingin berterima kasih kepada penaja tempat penginapan kami. Semoga Allah menambahkan rezeki yang barokah kepada kalian sekeluarga. Usai kami bertolak dari Felda Residence, Kuala Terengganu , kami berkesempatan singgah di kedai yang paling popular dengan 'Sotong celop tepung di Pantai Kemasik . Sungguh indah ciptaan Allah... Subhanallah... [siapalah saya jika dibandingkan dengan makhluk ciptaanNya yang lain].. Selepas mengalas perut di Pantai Kemasik, dan kami juga telah ke tempat pembuatan satar yang paling sedap yang kami tahu di sekitar Cherating iaitu 'Kedai Makan Aziz Satar' kami meneruskan perjalanan kami ke Cherating. Alhamdulillah, tepat jam 5.30 petang kami tiba dengan selamatnya dengan izin Allah. Sekarang saya sedang menulis di...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Salam, Alhamdulillah... syukur saya kehadrat Allah swt kerana masih memberikan saya peluang untuk terus bernafas dan meneruskan hidup ini. Syukur juga kerana insya-allah dengan izin Allah swt dapatlah saya mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini. Ini adalah Bulan puasa yang ketiga saya sambut selepas mendirikan rumahtangga. Anda semua bagaimana? adakah anda semua juga telah bersedia untuk melangkah ke dalam bulan yang penuh barokah ini. Sudah pastinya anda semua tentulah sudah tidak sabar-sabar untuk menunaikan kewajipan pada setiap jiwa muslim ini. Marilah kita sama-sama membaca doa untuk mebebaskan Presiden Mesir Dr. Mohammad Mursi supaya dibebaskan oleh tahanan tentera yang bertindak mengambil alih perjuangan Islam yang kini sedang mekar bak bunga diawal pagi. Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan tentera untuk menggulingkan Pemimpin sepert Dr Mursi. Ia satu tindakan yang sengaja dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani untuk menguburkan sosio politik yang diterajui ...

Berehat di Pantai Timur [Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Cherating - Kuala Lumpur]

Imej
Salam, Apo khabar semua? diharapkan anda semua sihat dan sejahtera. Semalam 5.7.13, saya dan keluarga mertua bertolak ke Kuala Terengganu. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengah malam. Kami menuju ke Pantai Timur dengan cuaca yang dingin. Usai meninggalkan Tol Bentong, kami berehat di R&R Maran. Kami tidur dalam kereta jer.. Tepat jam 5.00 pagi, pemandu bertukar. Isteri saya memandu dari Maran hingga ke Kemaman. Sementara saya tidur setelah memandu dari Kuala Lumpur selama lebih 4 jam tanpa henti. Sudahlah 3 hari tidur tidak cukup, jadi saya hanya mampu memandu sekitar 60-70km/jam. Tepat jam, 1 petang, kami tiba di Bandaraya Kuala Terengganu. Jam 2 petang kamI Check-in di Felda Residence Kuala Terengganu. Cukup menarik kerana lokasi tempat kami menginap sangat berdekatan dengan tempat2 yang masyur di sini seperti Pasar Payang, KT, Pantai Batu Burok, Rantau Abang, Kuala Berang, Taman Tamadun Islam KT yang terkenal dengan Masjid Kristal. ...

Kenanganku bersama DIA yang ku rindui.

Imej
Salam Tahun ni sudah hampir 5 tahun pemergian Arwah ayahku yang ku rindui. Senyum dan mukanya yang garang sentiasa terbayang-bayang diingatanku. Oh! Betapa hatiku merinduimu.  Tanggal 18 Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1430H, Cikgu Mohamed Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam kamarnya usai solat Asar. Sungguh, pada waktu yang sama aku sedang 'outing' ke rumah sahabat handai di Gombak.  Jam 7.00 malam aku tiba di kawasan parkir motorsikal sambil aku merasa sesuatu yang aneh terjadi. Ngam-ngam Abangku juga seorang Cikgu dan aku terima panggilan darinya dan dia nyatakan bahawa Ayah telah 'TIADA".  Astaghfirullahal'azim... aku mengucap panjang... topi keledar yang ku pegang jatuh menghentam mozek... aku terkedu. Otakku terus berpusing kerana mengenangkan banyaknya dosa yang aku lakukan semasa 'AYAH' masih hidup. Oh! Allah, ampunkanlah segala dosaku... kelopak mataku terus bergenang dengan air mata... aku mahu menang...

Sumbangan Jogathon SSN Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur

Imej
Salam Terima kasih kepada semua sahabat yang kerap melihat 'posting' terbaru dalam blog saya yang kerdil ini. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah kurniaNya dapat saya menulis untuk membantu bekas Sekolah saya yang saya sayangi. Terlebih dahulu saya ingin memohon bantuan dari pihak-pihak diluar sana yang ingin membantu meringankan aktiviti-aktiviti sekolah SSN Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan menyumbangkan sedikit wang ringgit untuk kemaslahatan pembangunan sahsiah dan modal insan. Program tersebut diberi nama sebagai JOGATHON 2013 dengan temanya " Cergas Sahsiah dan Minda Pemangkin Generasi Unggul 1 Malaysia ". Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan Puan www.facebook.com/esnalili.hashim Sekian, Admin

Hujan, helmet dan lc

Imej
Salam. Alhamdulillah... hujan turun dgn lebatnya. Tak sempat nk alihkan kedudukan helmet. Nampak gayanye... bergenanglah air dalam tu. Bukan selalu, dulupun pernah kena sekali masa bercinta...  haish.. tak tau la apa rasa helmet penuh ngan air. Hujan masih lebat sewaktu saya sdng di aras B1 Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jom usha2 gambar yg saya dah ambil tadi. Sekian, Admin