Kenanganku bersama DIA yang ku rindui.
Salam
Tahun ni sudah hampir 5 tahun pemergian Arwah ayahku yang ku rindui. Senyum dan mukanya yang garang sentiasa terbayang-bayang diingatanku. Oh! Betapa hatiku merinduimu.
Tanggal 18 Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1430H, Cikgu Mohamed Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam kamarnya usai solat Asar. Sungguh, pada waktu yang sama aku sedang 'outing' ke rumah sahabat handai di Gombak.
Jam 7.00 malam aku tiba di kawasan parkir motorsikal sambil aku merasa sesuatu yang aneh terjadi. Ngam-ngam Abangku juga seorang Cikgu dan aku terima panggilan darinya dan dia nyatakan bahawa Ayah telah 'TIADA".
Astaghfirullahal'azim... aku mengucap panjang... topi keledar yang ku pegang jatuh menghentam mozek... aku terkedu. Otakku terus berpusing kerana mengenangkan banyaknya dosa yang aku lakukan semasa 'AYAH' masih hidup.
Oh! Allah, ampunkanlah segala dosaku... kelopak mataku terus bergenang dengan air mata... aku mahu menangis semahunya... tapi, taangisanku tidak kedengaran. Jantungku tersentak dengan panggilan 'MALAIKATUL MAUT' itu. Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan sehingga aku melebih-lebihkan sahabat handai dari 'AYAH'? Dia lah hero aku.
Dia telah bersusah payah untuk membesarkan keluarganya, bersusah payah hingga ke nafasnya yang terakhir. Dialah ayahku yang ku kasihi.
Allahyarham Cikgu Mohamed Bin Abu Bakar (1937-2008)
lawati juga www.bacaviagambar.blogspot.com
Dedikasi ku untuk ayah tercinta
Aku rindu padamu 'AYAH'.
Al-Fatihah
Sekian,
Admin
Ulasan