Aku dan blog
Salam,
Selamat petang kepada semuanya yang sedang berehat di hari sabtu ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, akhirnya saya sampai juga disini, The Legend Hotel, Cherating, Pahang Darul Makmur.
Terutama sekali saya ingin berterima kasih kepada penaja tempat penginapan kami. Semoga Allah menambahkan rezeki yang barokah kepada kalian sekeluarga.
Usai kami bertolak dari Felda Residence, Kuala Terengganu, kami berkesempatan singgah di kedai yang paling popular dengan 'Sotong celop tepung di Pantai Kemasik. Sungguh indah ciptaan Allah... Subhanallah... [siapalah saya jika dibandingkan dengan makhluk ciptaanNya yang lain]..
Selepas mengalas perut di Pantai Kemasik, dan kami juga telah ke tempat pembuatan satar yang paling sedap yang kami tahu di sekitar Cherating iaitu 'Kedai Makan Aziz Satar' kami meneruskan perjalanan kami ke Cherating. Alhamdulillah, tepat jam 5.30 petang kami tiba dengan selamatnya dengan izin Allah.
Sekarang saya sedang menulis di kamar yang mengadap laut. Subhanallah, sungguh cantik pemandangan pada waktu petang.
Insya-allah, saya akan sambung 'posting' sewaktu percutian ini.
Sekian,
Admin

Ulasan