Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Salam,

Alhamdulillah... syukur saya kehadrat Allah swt kerana masih memberikan saya peluang untuk terus bernafas dan meneruskan hidup ini. Syukur juga kerana insya-allah dengan izin Allah swt dapatlah saya mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini. Ini adalah Bulan puasa yang ketiga saya sambut selepas mendirikan rumahtangga.

Anda semua bagaimana? adakah anda semua juga telah bersedia untuk melangkah ke dalam bulan yang penuh barokah ini. Sudah pastinya anda semua tentulah sudah tidak sabar-sabar untuk menunaikan kewajipan pada setiap jiwa muslim ini.

Marilah kita sama-sama membaca doa untuk mebebaskan Presiden Mesir Dr. Mohammad Mursi supaya dibebaskan oleh tahanan tentera yang bertindak mengambil alih perjuangan Islam yang kini sedang mekar bak bunga diawal pagi.

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan tentera untuk menggulingkan Pemimpin sepert Dr Mursi. Ia satu tindakan yang sengaja dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani untuk menguburkan sosio politik yang diterajui oleh Barisan Pembebasan Mesir (FJP) yang dipimpin oleh Pergerakan Ikhwanul Muslimin (Sunnah Wal Jamaah).

Marilah kita bertekad meninggikan Agama Islam lebih dari segalanya. Kerana hidup kita bukan untuk ditunggangi, tetapi kitalah Pemimpin ( Khalifatullah) yang mesti diikuti oleh manusia yang tiada berakal untuk masa depan yang gemilang bersama Islam. Sebarkan Syiar Islam kemana jua kaki anda melangkah. Takbir! Allahuakbar3X


Insya-allah,

Sekian,

Admin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?