Berehat di Pantai Timur [Kuala Lumpur - Kuala Terengganu - Cherating - Kuala Lumpur]

Salam,

Apo khabar semua? diharapkan anda semua sihat dan sejahtera. Semalam 5.7.13, saya dan keluarga mertua bertolak ke Kuala Terengganu. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengah malam.

Kami menuju ke Pantai Timur dengan cuaca yang dingin. Usai meninggalkan Tol Bentong, kami berehat di R&R Maran. Kami tidur dalam kereta jer..

Tepat jam 5.00 pagi, pemandu bertukar. Isteri saya memandu dari Maran hingga ke Kemaman. Sementara saya tidur setelah memandu dari Kuala Lumpur selama lebih 4 jam tanpa henti. Sudahlah 3 hari tidur tidak cukup, jadi saya hanya mampu memandu sekitar 60-70km/jam.

Tepat jam, 1 petang, kami tiba di Bandaraya Kuala Terengganu. Jam 2 petang kamI Check-in di Felda Residence Kuala Terengganu.







Cukup menarik kerana lokasi tempat kami menginap sangat berdekatan dengan tempat2 yang masyur di sini seperti Pasar Payang, KT, Pantai Batu Burok, Rantau Abang, Kuala Berang, Taman Tamadun Islam KT yang terkenal dengan Masjid Kristal.












Tepat jam 1 Petang harini 6.7.13, kami akan bertolak ke sebuah lagi lokasi di Cherating, Hotel Legend Cherating.

Jadi, sekarang, kami nak mengemas. Insya-allah, esok saya akan kirimkan  gambar-gambar yang saya ambil.

Sekian,

Admin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?