PENYELUDUPAN ROKOK TIDAK SAH - APA KESANNYA?

Assalamua'laikum wbt. Bissmillahirrahmanirrahiim.. Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul. Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini; Tajuk : Penyuludupan Rokok Tidak Sah - Apa Kesannya? Tarikh : 01.11.2013 Barangkali ada dikalangan masyarakat kita pada hari ini masih menghisap rokok. Samaada yang dibeli secara seludup mahupun yang dibeli dengan bayaran cukai kepada pihak kerajaan. Sebagai menyatakan pendapat saya kepada semua, ingin saya jelaskan bahawa merokok adalah suatu tabiat yang tidak membawa sebarang manfaat, malah lebih menjerumus seseorang itu dengan kemerosotan tahap kesihatan. Adapun seperti yang dilaporkan di dalam peti televisyen dua tiga minggu ini berkenaan penyuludupan rokok yang sudahpun bermaharajalela sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, menjadikan beberapa sebab aktiviti ini sukar dikekang. Dalam laporan r...