FACEBOOK RETIS DAN LIKE?

Assalamua'laikum wbt.

Alhamdulillah cuti panjang yang Allah berikan ini dapatlah saya menulis dan berkongsi pendapat. Hari ini tajuk nya ialah Kebaikan dan Keburukan laman sosial Facebook dunia Artis dan butang Like.
Umum mengetahui berkenaan dengan penggunaan Facebook

Ada yang menjadikan ruangan itu sebagai mencari kenalan, bertukar pendapat, menghentam pihak Kerajaan ataupun pihak Pembangkang (Politik), dan tak kurang yang menjadikan sebagai medium berniaga secara dalam talian. Cara berniaga online dapatlah sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan dan paling penting untuk mendapatkan jumlah pelanggan dengan cepat hanya dengan mengklik butang share. Dari buat sales yang memerlukan berdepan dengan pelanggan, adalah lebih baik dengan cara online. Kerana bukan semua masyarakat kita yang muka tebal.

Antara lainnya, ada yang menjadikan Facebook sebagai medan melampias nafsu serakah. Jangan pelik la.. ada yang hanya bertopengkan nama melayu, dengan bangga mengatakan dia seorang Islam… tapi perangai mengalahkan Yahudi laknatullah. Kurang percaya? Tak mengapa, kerana bagi saya, semua org malu untuk menyatakan kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan. Yang peliknya, admin page berkenaan amatlah meragukan. Mereka tak suka ditegur. Jika ditegur, langsung menolak secara mentah2 nasihat. Laman2 ini tiada pula dikenakan sekatan oleh pihak SKMM dan Cyber Security. Tapi, kalau halaman yang mengalakkan perpecahan kaum, permusuhan Parti2 politik cepat sahaja diambil tindakan. Adakah kita lupa dengan janji2 Allah? Barangsiapa yang menghalalkan perkara HARAM dan mengharamkan perkara yang HALAL. Kita ini sudahlah selemah2 umat yang masih bergantung dengan kekuatan manusia semata2. Malah lebih teruk dari binatang yang kerjanya hanya makan, tidur.

Seperkara lagi, ada dikalangan masyarakat kita yang menjadikan Facebook sebagai tempat memuji dan memuja artis. Huh! Apa hebat sangatkah para artis tu hinggakan tak sempat untuk menunaikan solat 5 waktu? Hanya dengan menekan butang Like, sesiapa sahaja boleh mengetahui hala tuju artis. Disinilah nilainya hidup kita, dalam sibuk2 mencari rezeki kita cepat lupa yang kita juga bertanggungjawab terhadap keseluruhan masyarakat Islam kita. Dari kita gatai2 tangan like halaman artis yang tak seberapa tu… lebih la baik kita sibukkan diri kita mencari dan ilmu agama yang tak seberapa ni. Ops! Nanti ada pulak yang kata “suka hati akulah, Negara ini kan bebas” . jawapan aku untuk orang macam ni mudah jer… esok lusa kalau ko mati jangan sibuk2 cari orng agama untuk selesaikan. Pergi cari kawan2 sosial korang, kalau ko suka main golf, judi, minum arak, langgar peraturan agama pergi la cari kawan2 korang tu.. jangan pulak sibuk2 telepon Pak Imam, siak masjid, tukang mandi mayat untuk uruskan jenazah korang! Amacam? Ada berani ke?

Cuba korang perhatkan setiap minit sahabat2 artis korang akan updates status, share macam2 perkara dan paling tak bleh blah minta korang “Like” setiap kali mereka post! Korang pun jangan macam batang kayu jer.. asyik nak percaya atas tiap2 post tu? Rajin2kan diri untuk mencari kebenaran. Kebenaran yang agung tak ada dalam Google sahaja. Disinilah korang perlukan Agama sebagai perisai untuk korang ambil baik dan buruk satu2 perkara. Aku paling tak gemar kalau ada sahabat2 yang share perkara yang bukan2 pasal artis. Semak laman Facebook aku. Kalau betul takpe, ini tidak asyik2 post gambar diri sendiri. Pastu Tanya ngan korang kenal tak artis ni? Berapa Like nak bagi dan sebagainya. Lawaklah!!!

Erm.. ada banyak lagi yang aku nak kongsi.. tapi takpe, setakat ni aku post yang ni dulu.. kalau ada masa lain, aku post la lagi berkenaan isu yang lain pula.

Diharapkan kalian sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa mengingati Allah. Kerana bila kita lupa Pencipta kita, samalah kita dengan Firaun Laknatullah. Ok!

Yang mana bisnes, aku doakan agar rezeki yang korang dapat tu berkat dan mencukupi keperluan seharian. Yang mana suka bersukan tu, jangan lupa solat 5 waktu. Jangan buat2 sombong dengan Allah. Yang mana dok melepak kat depan tv tu, jangan asyik tengok artis menyanyi, berjoget jer… sekali sekala bukalah rancangan Agama sikit. Seminggu dapat tengok sekali pun dah okay.

Kepada semua sahabat2 saya, saya doakan kalian berjaya didunia dan akhirat. Jadikan syurga tempat persinggahan bila kita mati kelak. Dan jauhkanlah diri kita keluarga kita, saudara perempuan kita dari dimamah api neraka.

Sekian,
Terima kasih.

Mohd Taufiq bin Mohamed
Simple blogger @ 19.10.2013

jika nukilan ini bermanfaat, sila komen dan share. jika tidak abaikan sahaja. Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?