SERONOKNYA BERKONGSI KEMAHIRAN & ILMU
Assalamua'laikum wbt.
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Tajuk : Seronoknya Berkongsi Kemahiran & Ilmu
Tarikh : 27.10.2013
Menguasai sesuatu ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlukan usaha, mengerah keringat dan berkorban jiwa dan raga untuk memiliki ilmu. Saya akan huraikan beberapa contoh yang baik dan boleh kita jadikannya sebagai ikutan untuk menempah kejayaan. Tidakkah kalian ingat sebelum anda mampu mengusai sesuatu perkara, kalian bermula di Tadika / Pusat Asuhan hinggalah anda menghabiskan masa di sekolah selama 12 tahun. Adapula yang menyambung pelajaran hinggalah ke peringkat 'Master'. Kita diajar mengenal huruf ABC hinggalah kita berjaya menguasai pelajaran di peringkat tertinggi.
Janganlah pula kalian lupa kepada segolongan pelajar hari ini yang kurang minat dalam pembelajaran dalam kelas dan mereka adalah pelajar yang tidak gemar menghafal buku teks. Inilah golongan pelajar yang sangat berminat dalam bidang kemahiran. Sekarang ini pihak Kementerian Pelajaran telah menwujudkan sekolah vokasional, Kolej Vokasional dan kemungkinan besar akan ditubuhkan sebuah Universiti Vokasional yang akan memberi galakan untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam bidang kemahiran agar dapat bersaing di luar sana. Ada juga ibubapa yang memandang golongan berkemahiran sebagai bidang yang tdak menjamin masa depan. Ada yang mengatakan bidang kemahiran tiada masa depan dan kalau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang kemahiran, ada pula yang takut bermenantukan golongan ini. Mungkin masyarakat kita lupa dalam melayari hidup ini. Cuba kalian bayangkan tanpa pekerja-pekerja kemahiran dalam bidang elektrikal, elektronik tidak ada dalam peta pekerjaan. Bagaimana untuk syarikat-syarikat konglomerat untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan mereka. Bayangkan juga sekiranya elektrik terputus, bukankah keadaan ini menyukarkan pergerakkan kita? Betapa perlunya pekerja-pekerja berkemahiran disaat begini. Takkanlah pula kita akan memanggil Pak Imam untuk membetulkan keadaan.
Masyarakat kita tidak akan terlepas dari perangai suka membanding harga diri seseorang yang mempunyai latar belakang kemahiran dan lepasan ijazah. Ini adalah sebahagian sikap kita sendiri yang gemarkan kehidupan mewah dan bersenang lenang walaupun kita tahu graduan dalam bidang biasa ramai yang menggangur kerana tiada pekerjaan yang sesuai dengan kebijaksanaan mereka. Adapun kerja yang memerlukan kemahiran dalam bidang tertentu tidak pula boleh diisi oleh golongan graduan menganggur kerana ketiadakupayaan untuk bekerja. Jadi, disini sudah dimenangi oleh graduan dalam bidang kemahiran.
Jika kalian ingin tahu kebanyakkan graduan dalam bidang kemahiran marin contohnya, mereka diberi upah / gaji yang mahal berbanding graduan yang mengambil jurusan teknologi maklumat. Ini kerana semakin sukar bidang kemhiran tersebut, bertambah tinggilah upah mereka.
Begitu juga dengan saya selepas terlibat dalam bidang kemahiran luar kelas seperti mengajar kawad kaki, menjadi jurulatih, fasilitator. Saya bersama-sama sahabat karib saya telah mendaftarkan Persatuan Belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan kerana minat mendalam kami dalam bidang yang masih dara penyertaannya dikalangan bekas pelajar di seluruh negara. Bidang yang kamI ceburi ini sedikit sebanyak dapat membantu kami memahami kepayahan guru-guru disekolah untuk menyekolahkan pelajar-pelajar yang tidak minat belajar. Ada yang melepak, ponteng kelas, dan ada juga yang terlibat dengan gejala gangterisma. Disinilah kami melihat potensi pelajar-pelajar ini untuk diasuh dengan disiplin diri yang tinggi serta menanam sifat-sifat yang murni untuk melihat pelajar-pelajar ini berjaya dalam bidang akademik dan kemahiran.
Kami telah berusaha membetulkan persepsi masyarakat khususnya para ibubapa untuk menerima anak-anak mereka dengan hati yang terbuka. Disinilah juga kami membantu guru-guru menilai prestasi pelajar mereka untuk diberi merit dalam apa yang mereka sertai. Kami akan mengajar mereka ilmu kawad, disiplin, dan kepatuhan mereka dalam mendengar arahan. Tipulah kalau saya kata ada dikalangan pelajar yang merasa letih setelah berkawad. Pertama kali berdiri tegak dibawah terik matahari tidak sama keadaannya dengan berdiri semasa perhimpunan. Tuan / Cikgu saya rasa nak pengsan!. inilah perkataan yang sering diucapkan oleh pelatih-pelatih baru. Muka nampak ganas, tapi manja.
Proses pertama adalah mengajar kawad kaki dan ia bukanlah suatu tugas yang mudah, kebiasaannya guru-guru penasihat wajib menghadiri Kursus Kawad anjuran Jabatan Pelajaran terlebih dahulu untuk mendapat tauliah mengajar. Kerana kesilapan dalam mengajar akan membawa bala kepada keseluruhan pasukan kawad. Tetapi, berbeza dengan kredibiliti pihak kami yang telah kerkecimpung dalam bidang ini lebih dari 15 tahun. Segala yang kami ajarkan berdasarkan format kawad yang diluluskan oleh Jabatan Pelajaran. Sewaktu mengajar ada yang berjalan seperti robot, lenggang, dan ada yang yang berjalan sambil pandang kiri dan kanan. Disinilah cabaran bermula bagi menguruskan masalah tersebut. Alhamdulillah, oleh kerana telah berpengalaman, ia bukan sesuatu perkara yang sukar.
Proses kedua adalah pemantapan dari segi kefahaman bahasa kawad. Seperti arahan dibawah ini;
Arahan : Bergerak ke kanan... kanan pusing
Pelatih : Pusing sebelah kanan menggunakan kaki kanan dan hentak kaki kiri serentak.
Arahan : Bergerak ke kiri... belakang pusing
Pelatih : Pusing ke belakang menggunakan kaki kanan dan hentak kaki kiri serentak.
Arahan : Mengadap kebelakang... kiri pusing
Pelatih : Mengadap kebelakang menggunakan kaki kiri dan hentak kaki kanan serentak.
Arahan : Mengadap ke hadapan... belakang pusing
Pelatih : Mengadap ke hadapan menggunakan kaki kanan dan hentak kaki kiri.
(Dalam setiap arahan statik, pelatih wajib menggenggam tangan disisi dan kepala pandang ke hadapan)
Begitulah keadaan bagi semua pelatih diajar sehingga mereka faham bahasa kawad. Kebiasaan kami akan mengajar bahasa kawad ini hingga para pelatih peka dan faham. Barulah proses lain akan dijalankan seperti memberi hormat semasa berjalan, kawat terima sijil, kawat hormat kehadapan, tukar langkah semasa berjalan dan sebagainya. Antara lainnya, pelatih-pelatih kami akan membuat kuiz atau permainan bagi mengurangkan tekanan semasa berkawad. Tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelatih dan Jurulatih. Disinilah bermula episod yang akan membuka mata para pelatih betapa pentingnya mencari ilmu. Para pelatih akan dicuci otaknya supaya belajar menerima ilmu yang diajar didalam kelas serta meningkatkan pelajaran tambahan dengan aktiviti kemahiran.
Proses terakhir adalah mengajar pelatih mengenal kawad formasi. Kawad formasi adalah suatu pergerakkan yang dilakukan secara serentak oleh platun tetapi dalam bentuk yang berbeza-beza. Ada bentuk bunga, panah, anak panah, tulang ikan, kalimah suci, bulat, berlian, petak, hexagon dan beberapa bentuk yang mudah untuk difahami sebelum kami mengajar ke peringkat formasi yang lebih tinggi.
Jika dilihat dengan mata kasar, setiap orang yang melihat proses yang kami jalankan adalah mudah. Hakikatnya, akan mereka ketahui setelah mengikut latihan tersebut. Jadi sekiranya anda diluar sana berminat untuk mengetahui atau menyertai kami dalam Persatuan Belia yang kami tubuhkan, sila layari laman blog ini untuk maklumat lanjut www.pbsatriawm.blogspot.com atau di www.majlispengasaspbswm.blogspot.com.
Kadangkala seronok melihat pelajar-pelajar yang lemah dalam akademik berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan kawad kaki yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran. Tugas kami tidak akan berakhir selagi pihak sekolah tidak menamatkan kontrak. Ada beberapa sekolah tersohor di Kuala Lumpur yang masih menggunakan khidmat kami. SM Methodist (B), KL. Sekolah ini sahaja telah menggunakan khidmat kami lebih dari 9 tahun. Yang seronoknya kami berjaya mengekalkan tempat kedua setiap tahun dan berada di belakang Juara Kebangsaan iaitu SMK Taman Tun Dr. Ismail, KL. Bukan mudah untuk mengekalkan penguasaan tempat kedua. Itulah nikmat yang tidak ternilai dari Allah swt.
Ilmu dan kemahiran yang ada pada kami akan kami kerahkan sehingga kami tidak lagi bernafas didunia. Kami sangat mengharapkan agar Allah swt menerima amalan kami kami untuk dijadikan pahala.
Insya-allah, saya akan menulis kemahiran yang lain pula dilain masa. Sehingga kita bertemu lagi. Doakan agar saya sembuh dari kecedaraan yang saya alami dan boleh turun berbakti kepada nusa dan bangsa serta istiqamah dalam perjuangan ini.
Akhir kalam, saya berdoa agar kalian semua sentiasa berada diatas landasan yang betul dalam mengharungi mehnah dan ujian dari Allah swt.
Sekian,
Terima kasih
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
27.10.2013
Ulasan