MENAMBAH BAIK FASILITI KERAJAAN

Assalamua'laikum wbt.

Bissmillahirrahmanirrahiim..

Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;

Tajuk : Menambah Baik Fasiliti Kerajaan
Tarikh : 22.10.2013

Hari ini saya telah menghadiri temujanji untuk membuka jahitan pada pin-pin pada tulang kaki yang patah. Saya tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor tepat jam 8.30pagi sambil ditemani permaisuri saya. 
Keadaan penuh sesak dengan pelbagai kaum yang hadir bagi mendapat rawatan, rawatan susulan dan temujanji berkaitan penyakit yang berbagai. Ada yang nak ambil bekalan ubat dan ada pula yang berpusu-pusu memeriksa tekanan darah, jantung, dan juga tahap kemanisan kencing (hehe).

Pada mulanya saya berpendapat Kerajaan Malaysia melalui Panel Penilai di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) perlulah segera melaporkan keadaan fasiliti-fasiliti Kerajaan yang dimamah usia. Kebanyakkan Klinik-klinik Kesihatan hanya menunggu masa roboh. Saya melihat sesuatu usaha perlu dilakukan bagi memastikan keselesaan kepada kakitangan dan pesakit. 

Memandangkan Bajet 2014 akan dibentangkan pada minggu ini, saya sangat berharap Kerajaan dapat menimbang projek-projek menaik taraf fasiliti-fasiliti Kerajaan yang hampir ditelan zaman. Jikalau Kerajaan memutuskan bayaran pendaftaran di hospital dan klinik dinaikkan untuk menampung perbelanjaan Pembangunan semula. Saya amatlah bersetuju dan ia sebenarnya sudah patut dinaikkan 10 tahun lalu. Tetapi, jangan pula caj bayaran naik, kualiti kerja masih sama serta sambil lewa sahaja. 

Ada seperkara lagi yang saya ingin sampaikan pada umum. Doktor-doktor yang bertugas hendaklah ceria dan janganlah masam mencuka. Jangan fikir anda pakar dalam segala macam hal. Hormatilah pesakit yang datang, biasakan memberi ucapan, rangsangan yang membuatkan pesakit ingin segera sembuh. Pada hemah saya, perkara ini amatlah membantu pihak pengurusan Hospital mengurangkan tekanan sewaktu bekerja.

Insya-allah saya akan terus menulis dan bekongsi pendapat dengan sahabat-sahabat semua. Saya harapkan apa-apa yang saya tulis ini mendapat perhatian pihak berwajib. Saya berharap agar urusan kalian diluar sana senantiasa dilindungi oleh Allah swt. Segala yang baik datangnya dari Allah swt, segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,

Terima kasih.

MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
22.10.2013

P.S : Sekiranya nukilan ini mempunyai kebaikan, sila hebahkan pada umum. Sekiranya tidak, sila abaikan sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamua'laikum wbt.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?