PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?

Assalamua'laikum wbt.

Bissmillahirrahmanirrahiim..

Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;

Tajuk : Pampasan Insurans - Siapa Lebih Untung?
Tarikh : 25.10.2013

Beberapa kebelakangan ini industri penyedia Insurans samaada Insurans Kenderaan, Kemalangan, Hayat, Kesihatan dan Insurans perniagaan. Sebagai contoh, Personal Accident ataupun Kemalangan Peribadi (selepas ini disebut sebagai P.A) menjadi pilihan utama bagi penunggang motorsikal yang rata-rata pemiliknya golongan bawahan dan sederhana. Tujuan membeli P.A adalah semata-mata menampung perbelanjaan jika terbabit dalam kemalangan.

Pada saya P.A ini ada baiknya, tetapi masalah utama penyedia Insurans ialah, mereka hanya menawarkan perlindungan sekiranya;

A. Kematian
B. Kehilangan upaya sesuatu anggota

(Perlindungan ini biasanya tidak melibatkan perlindungan seperti patah tulang, luka akibat kemalangan, trauma)

Setiap penunggang di Malaysia cukup bersopan dan hemah. Tetapi kerana ada segelintir pemandu yang cuai telah menyebabkan hampir 90% kemalangan jalanraya mangsanya adalah penunggang motorsikal. Kadangkala ada yang ngeri melihat mendengar mangsa-mangsa kemalangan motorsikal yang dirempuh lori, dihimpit pemandu, ada yang berkecai kepala, terburai isi perut, putus kaki, tangan dan ada yang hilang kepala. 

Tetapi, masyarakat kita terutama yang memandu kenderaan selalu mengatakan inilah akibat merempit? Huh! melampau betul ucapan mereka ini. Bayangkanlah kalau mangsa berumur lingkungan 50-an. Adakah dia merempit? Fikirlah sikit perasaan orang. Jangan dihambur sahaja perkataan-perkataan yang menyakitkan hati.

Sebagai contoh saya sendiri akan membeli premium Insurans P.A untuk melindungi diri saya sekiranya terbabit dalam kemalangan. Ini kerana masa saya dihabiskan kebanyakkan di atas motorsikal untuk melakukan tugas-tugas 'Despatch'. Sesetengah rakan pejabat hanya tahu menyuruh saya mengambil itu dan ini. Kadangkala terlintas dihati bagimana kiranya tugasan hari itu berakhir tragedi? Orang kalau simpati paling kurang 2-3 hari sahaja.. lepas tu masing-masing berperangai seperti biasa. Tiada perikemanusiaan dan tidak bertimbang rasa. Tiada tanya khabar dan hanya menanyakan soalan yang sama dan berulang kali. 

Malangnya, selepas saya mengalami kemalangan, saya dapati bahawa saya tidak layak untuk menuntut gantirugi akibat kemalangan. Huh! kadangkala pihak Insurans pandai menabur janji sekiranya kita beli pakejnya akan diberi itu ini sekiranya mengalami kemalangan jalan raya. Hakikatnya, janji mereka hanya manis dibibir dan amat pahit untuk ditelan apabila kita mahu menuntut pampasan.

Sekarang ini pula saya mengalami satu lagi masalah untuk memilih Firma Guaman yang benar-benar boleh bekerja dan tidak semata-mata menggunakan kepercayaan saya untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan pampasan Insurans. Ada beberapa kes yang saya belajar dan amati dalam jurnal undang2. Ada juga Firma Guaman yang sanggup bersekongkol dengan mangsa (penipu) untuk memanipulasi kepercayaan pegawai insurans. Keputusan dari kes tersebut, 3 orang termasuk seorang OKU dipenjara 10 tahun. Tapi, sangat pelik dari pengamatan saya bahawa Firma terbabit masih diberikan lesen oleh Bar Council untuk terus merekrut peguam-peguam auta beserta kakitangan yang kaki auta untuk memanipulasi mangsa kemalangan yang tidak tahu bab undang2.

Cuba bayangkan jika anda menjadi saya. Saya dimaklumkan bahawa Firma Guaman hanya mengambil upah sekitar 20% dari jumlah pampasan tidak termasuk lain-lain kos (Disbursment). Katalah kes anda boleh menang RM100K. Berapa agak-agak yang anda dapat bersih selepas menolak kos? Sudah tentu ada yang gelap mata apabila di berikan wang pampasan sebanyak 70-80K. Jangan rambang mata dulu, setelah saya kaji beberapa kes kemalangan saya mendapati kebanyakkan Firma Guaman akan menghantar bil seperti berikut;

Jumlah bayaran kos Guaman, Lain-lain Elaun dan Pinjaman semasa mangsa sakit.
(Kiraan berdasarkan nilai pampasan RM100K)

Kos Guaman = RM 20,000.00
Elaun Perjalanan = RM 5,000.00
Kos Percetakan = RM 5,500.00
Pinjaman (Ceti) = RM 10,000.00

Jumlah RM 40,500.00

Jumlah ini mungkin rendah sedikit tetapi jumlah ini sudah hampir 40% dari jumlah tuntutan. Ada juga beberapa firma guaman yang membayar pampasan terbabit menggunakan cek tendang. Ada juga yang langsung tak merasa duit pampasan akibat kes dijalankan oleh peguam-peguam auta. Yang merana adalah mangsa. Sudahlah ditipu, hidup pula tak sesempurna manusia lain. Mengalami kepayahan dan memerlukan bantuan orang sehingga akhir hayat. Dimanakah peranan Insurans dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kami.

Syarikat Insurans untuk berbilion-bilion ringgit setahun, tetapi tiada nilai kemanusian sekiranya hanya meletakkan manfaat kemalangan hanya untuk kematian dan hilang upaya kekal. Syarikat Insurans ini ibarat dracula yang hanya tahu menhisap darah tanpa memberi manfaat sedikitpun kepada si mangsa. Bodohnya kita semua ditipu hidup-hidup oleh penyedia polisi perlindungan Kemalangan Diri .

Dalam mengakhiri nukilan saya, ingin saya rumuskan sedikit berkenaan tajuk yang saya kemukakan;

1. Pihak Insurans  - Untung tak pernah rugi
2. Pihak Guaman - Berlesen untuk terus menipu mangsa Kemalangan
3. Pihak Berkuasa - Tiada tindakan untuk mendakwa Peguam Auta
4. Dalang - berkongsi nikmat atas kepayahan mangsa (Polis yang makan suap, agen @ runner, bengkel, ulat2 dan Peguam2 auta (maklumat2 ini benar berdasarkan pemerhatian saya terhadap kes saya. Ejen2 atau Peguam2 akan memburukkan nama baik Firma lain dengan mengatakan Polis juga ada kepentingan sekiranya mangsa menukar Peguam)
5. Masyarakat - Hanya mengangguk bila disuruh.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, soalan, dan juga ingin berkongsi cerita, sila emailkan bahan tersebut kepada saya seperti dibawah;

Sekian, 

Terima kasih.

MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
25.10.2013

#Sila sebarkan sekiranya isi kandungannya mempunyai tauladan. Sekiranya anda tidak menjumpai tauladan yang disebutkan, sila abaikan dari hebahan. Terima kasih sudi membaca. Assalamu'alaikum wbt#

Ulasan

Ayu Isma berkata…
Assalam...dinasihatkan,mangsa kemalangan @ ahli keluarga supaya jngan terus/tergesa2 sain apa2 borang dari Agen/ulat syarikat peguam semasa anda masih dalam keadaan tidak stabil,masih di ICU tunggu semingu dua dulu..buat pilihan yg tepat...sekiranya anda memrlukan wang utk rawatan dan dbayar oleh peguam pertama, kiranya anda ingin menukar peguam lain , dinasihatkan agar biar tuntutan pinjaman duruskan peguam baru...supaya lebih selamat dan terjamin...
Naura_t berkata…
TERIMA KASIH CIK AYU ISMA. SEMOGA KES SAYA BOLEH DIJADIKAN TAULADAN UNTUK SAHABAT2 KITA DILUAR SANA.
Naura_t berkata…
TERIMA KASIH CIK AYU ISMA. SEMOGA KES SAYA BOLEH DIJADIKAN TAULADAN UNTUK SAHABAT2 KITA DILUAR SANA.
Naura_t berkata…
alhamdulillah...

kini saya telah mula kembali bekerja selepas 17 bulan terlantar sakit.

14 bulan waktu yang saya tunggu untuk tulang bersambung

bulan 10/2014 doktor sahkan saya tidak akan mampu berjalan tanpa tongkat dan perlukan bantuan org lain sepanjang masa kerana saya telah didiagnosis diserang Virus MRSA. Kuman MRSA merebak setelah pembedahan IMPLAN BESI bagi menyokong pertumbuhan tulang. malanganya, setalah 3 bulan implan, dan 5 bulan secara keseluruhannya, tulang tidak bersambung walaupun saya makan ubat kalsium, susu kalsium terbaik dan telah berhenti merokok secara mendadak.

nak tahu apa rahsia saya kembali berjalan tanpa tongkat?

sila klik >> www.stokinajaibv-ken.blogspot.com

oleh kerana saya telah berjaya, saya mahu yang ada masalah seperti saya juga boleh berjaya. dan boleh kembali melakukan aktiviti harian tanpa perlukan bantuan orang lain.

ikhtiar ini saya syorkan pada yang telah hampir putus asa berubat dengan pelbagai kaedah dan berjumpa pelbagai latar belakang perawat.

Tanpa Nama berkata…
Anak saya mengalami situasi sedemikian..tetapi pihak peguam yang membantu dlam kes yg dihadapi beliau seolah2 mempermaikan kami..kata ada perbicaraan..bila dah amik cuti..canx last min..padahal kami terpaksa mengambil cuti dan dah sampai ke lokasi..begitu juga appointment bersama DR..bila dah amik cuti..last min canceled..adakah itu akan juga dikira kos pembiayaan oleh guaman...dan yg pelik pihak lawan siap dtg amik gambar dan perlukan detail dari kami sebelum perbicaraan..perlukah?? sebelum final court kes...(musykil dan blur...???)
Unknown berkata…
Pihak lawn Xda ambk gmbar.biasa nya peguam bela awk akn ambik gambr kcederaan awk sbg bukti di mhkamah. Utk kukuh kan lg...saya bin peguam,suami peguam special accident kes
Naura_t berkata…
Alhamdulillah

ks saya selesai tahun lalu. Terima kasih sudi singgah ke blog ini

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!