NILAI KEPERCAYAAN & KEMAMPUAN KERJA

Assalamua'laikum wbt.

Bissmillahirrahmanirrahiim..

Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;

Tajuk : Nilai Kepercayaan dan Kemampuan Kerja
Tarikh : 21.10.2013

Untuk mendapat nilai kepercayaan majikan. Seseorang pekerja itu wajiblah mengetahui niat dan tujuan sebenar sebelum memulakan pekerjaan. Jika pekerja itu beragama Islam, sudah tentu tiap2 hari dia akan berniat untuk mencari rezeki yang halal dan bekerja kerana Allah.

Dalam menilai kejujuran seseorang pekerja, kebiasaan seseorang majikan akan memberi tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa tertentu. Sebagai contoh seperrti dialog dibawah ini;

Dialog 1

Majikan : Man, tolong hantar dokumen ini kepada klien, ambil tandatangan, pergi jumpa Pesuruhjaya Sumpah, failkan di Mahkamah, lepas itu, hantar satu salinan kepada Defendan dan bawa balik salinan selebihnya pada petng ini juga.

Man
(Seorang Despatch : Hanya mendengar dan menggangguk faham dengan tugasan yang diberikan.

Pada hemah anda, adakah anda mampu melakukan tugasan seperti ini? Saya pasti bukan semua yang mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Adakah anda tahu nilai nyawa seseorang yang bergelar 'Despatch'?

Kebanyakkan majikan hanya memahami bahawa cukuplah dia beri Gaji, Elaun Minyak selain daripada potongan KWSP dan PERKESO. Tetapi ramai yang melupakan satu perkara iaitu berkaitan dengan INSURANS kemalangan diri. Tujuan menyediakan keperluan ini adalah sangat perlu kerana risiko seorang penunggang Motorsikal terletak dibahu pemandu. Jika cuai para pemandu, alamatnya teruklah keadaan si penunggang tadi.

Berapa nilai yang diperlukan untuk menjaga keselamatan penunggang yag juga pekerja kita? Mudahnya saya hanya meletakkan Nilai bagi penunggang Motorsikal dibawah 150cc dengan nilai RM 50,000.00. Adakah sukar untuk membayar nilai insuran berbanding nilai kemanusiaan? Andaikata, nilai RM50k hanya dibeli dengan harga caruman sebanyak RM500/setahun. Apakah kalian nampak kerugian disana? Jika ya, orang yang selayaknya membuat kerja-kerja 'Despatch' adalah anda. 

Cuba bayangkan nilai kerja dan kepercayaan yang anda akan dapat sekiranya para pekerja anda tahu yang dia telah diinsurankan? sudah tentu dia akan sanggup buat apa sahaja sebagai membalas budi Pihak majikannya. Inilah nilai yang perlu ada dalam diri setiap manusia yang bergelar Majikan. Masih khayalkh anda mengenainya? Anda perlu balik dan rehat2kan minda. 

Cuba bayangkan juga keadaan kerja sebagai 'Despatch' sangat mencabar. Pertama dengan keadaan sekeliling, membuat jadual, menyusun jalan yang bakal dilalui. Menahan kepanasan atau kesejukkan di kala cuaca yang tidak menentu. Letih dan dihidrasi. Waktu makan mereka yang tak berwaktu. Menunggu dan mengejar masa dari satu tempat ke tempat yang lain. Berhadapan dengan trafik sepanjang masa. Badan lesu kerana duduk atas pelana selama berjam-jam. Dan lebih menambahkan beban sekiranya Dokumen yang dibawa terdapat kesalahan seperti 'typo-error'. Kesilapan ejaan dan lokasi serta wang yang diberikan tidak mencukupi.

Perkara ini akan membuatkan seseorang 'Despatch' naik angin dan menyebabkan dia tertekan dengan masalah yang tersebut. Bila kita dalam keadaan marah, emosi tak stabil dan hilang tumpuan apabila menunggang. Banyak perkara yang terlintas difikiran kerana tukang menyediakan Dokumen tersebut adalah kerani di Pejabat. Semua juga maklum bahawa tugas sebagai Kerani adalah kurang terbeban. Masuk pagi keluar petang. Masa makan turun makan. Di satu-satu tempat bekerja akan ada jenis2 Kerani yang suka berborak. Cerita yang disampaikan epik dan tidak akan habis walaupun berkerja hampir 10 tahun! Cerita berkisar keluarga, anak2 dan orang sekeliling. Bagi saya orang2 yang macam inilah yang menghabiskan bogheh. Sudahlah kerja tak banyak. Boraknya mengalahkan kedai kopi. Disinilah masalah dalam penyediaan proses menyiapkan Dokumen mengalami masalah. Akan ada kesalahan ejaan dan lokasi yang bercampur2.

Mereka ni sangat suka menggunakan nama Bos (Majikan) sekiranya Dokumen yang tidak difailkan dalam masa tertentu akan membuatkan majikan marah. Yang terpalit dengan masalah ini adalah 'Despatch'. Adakah kita adil dalam menilai Kepercayaan terhadap semua pekerja? Tentulah tidak kerana majikan tidak mahir dalam selok belok pekerjaan para Pekerjanya. Majikan hanya tahu, berapa wang masuk, wang keluar, kerja siap atau tidak dan paling majikan pentingkan Gajinya masuk tiap2 bulan.

Pada hemah saya selaku Kerani / Despatch di Firma yang saya menuai upah. Adalah sangat perlu untuk majikan menyediakan Insurans Kemalangan Diri kepada semua para pekerjanya. Kerana rami yang maklum bahawa 'Malang tak Berbau'. Saya sangat mengesyorkan sekiranya anda adalah majikan. Carumlah mengikut keperluan dan risiko yang dihadapi oleh pekerja anda. Contohnya, jika anda adalah majikan di Firma Guaman. Insuranskn diri anda dahulu, kemudian para Peguam, para 'Despatch dan akhir sekali para Kerani anda. Cuba lihat contoh dibawah ini;

Nilai Insurans Kemalangan Diri

Majikan > RM 1 Juta (seorang/setahun) premium hanya RM 3k
Peguam > RM 100 Ribu (seorang/setahun) premium hanya RM 800
Despatch > RM 50 Ribu (seorang/setahun) premium hanya RM 400
Kerani > RM 10 Ribu (seorang setahun) premium hanya RM 80

Perbelanjaan untuk menguruskan Insuran ini boleh dijadikan sebagai pengurangan cukai pendapatan Syarikat/Majikan. Mudah bukan? Sekiranya pihak Majikan mengambil pusing mengenai hal ini. Insya-allah saya jamin mutu kemampuan kerja akan bertambah dan akan melonjakkan nama baik Firma ke persada kepercayaan Klien. 

Sekian sahaja nukilan saya untuk hari ini. Yang baik jadikan tauladan dan kurang baik jadikan sempadan. Kita hidup, usaha dan perlu berbakti kepada masyarakat. 

Assalamua'laikum wbt

Yang benar,

MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
21.10.2013



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?