MENDAYUNG HARI MENDATANG
Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Hari ni sudah genap 10 hari saya terlantar dan mendayung hari mendatang dengan seribu kekesalan akibat perbuatan dosa.
Ya. Pada pandangan dan perhatian org ada yg menyangka jiwa susuk ini punya keperibadian tinggi dan baik.
Tetapi... hal peribadi tidak selalu dipertontonkan kerana menelusuri hayat dalam hidup dikota ini.
Pertamanya... dulu aku kerap meninggalkan suruhan agama yg wajib... aku gagal mengawal tuntutan rohani dan jasmani.
Aku sibuk melantunkan suara dan keringat hanya untuk dilihat berharta...
Allahurabbi...
Ampunilah dosa ku...
Sebulan sebelum aku dilanggar... sering aku mendapat mimpi2 yang menakutkan dan petunjuk itu berkisar kepulanganku ditempat yg malap..
Allahuakbar..
Kerap kali aku mimpikan arwah ayah dan mimpi itu seakan2 benar dengan kehadiran susuk tubuh yang aku cinta itu dalam hidupku seharian. Aku masih teringat kenangan manis semasa tinggal bersama dalam satu keluarga di Flat Pekeliling. Aku rindu semua watak..
Ampunilah dosa ibu bapaku.. jauhkan mereka dari malapetaka dunia dan akhirat.. dan Engkau kasihanilah keduanya kerana mereka mengasihaniku waktu kecilku...
Perjalanan aku makin hari makin perlahan. Aku kerap mengeluh dengan kerja yang banyak... mengejar masa org hingga aku abaikan suruhan Allah..
Tiga minggu lalu aku diuji dengan mimpi yang sama berulang kali mengenai kemalangan... aku lelah.. takut... kerana takut tak sempat bertaubat atas kesalahan2 dan dosa2 yang makin banyak tanpa sempat dirawat.
Hari2 yang aku lalui makin menghempas dadaku untuk menyiapkan setiap tugasan.
Aku letih dengan kerjaku yang bertimbun.. cuti hujung minggu jarang sekali aku dapat rehat seperti yang sepatutnya...
15 hari lalu aku dikejutkan dgn kejadian samun di rumahku... tiada yang hilang yang boleh menyebabkan kerugian yang banyak..
Keesokkan harinya... aku bergegas melihat kerosakkan.. menukar tombol pintu.. menambah cctv dummy hanya untuk menggertak pelaku agar tdk diulangi..
Petangnya... tanpa sempat aku meniti tangga masjid... aku mengejar masa ke Putrajaya.
Petang itu suram dan aku menyempatkan diri untuk minum sebentar di Gerai sahabatku di Hentian Rehat dan Rawat Seri Kembangan arah Putrajaya - KL.
Aku pulang petang menuju rumah mertuaku.. malam itu aku ada jemputan ke Majlis Tahlil dan kenduri kesyukuran sabahat di Saujana Rawang.
Malam tu lewat aku sampai.. kami berbual sambil bertukar2 idea. Yang lain2 sibuk dengan EPL. Aku tak pandai bab ni...
Aku meninggalkan sekumpulan sahabatku untuk pulang kerana hari yang sudah lewat disamping badan juga terasa terlampau lelah...
Suriku mengajak aku bermalam di rumahku yang baru dikopak.. aku turutkan aja.. takut tu ada... tapi tidaklah mampu melawan takut aku terhadap Allah.
Ahad yang hening aku masih bergolek-golek diatas tilam empuk. Ermmm.... rajuk hati kalaulah dapat berehat lebih sedikit...
Tiba-tiba suriku mendapatkan aku yang kami perlu bersiap2 untuk ke majlis kahwin di Nilai.. aduh.. getus hatiku... boring betul la..
Mahu tak mahu... aku pergi juga...
Jarang sekali aku merasa semua jenis hidangan... pulang dari kenduri aku beritahu pada kekuarga mertua ingin pulang dahulu kerana letih..
Aku dapat tidur dan bermimpi yang aku bakal kemalangan. Aku terjaga dan beristighfar panjang...
Malam itu kak ipar belanja makan di Warung Deen Batu 8, Gombak... mlm itu aku makan sedikit kerana memikirkan hal mimpi aku itu..
Hari Isnin 7/10/13 aku bangkit dari tidur jam 6.30pagi... Aku masih takut untuk keluar bekerja..
Astaghfirullahal'azim... hampir saja aku terlupa... aku perlu menyelesaikan dua perkara penting pada pagi ini. Yang pertama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Mahkamah Rendah Kuala Selangor..
Usai urusan aku menyusun laluan pintas ke Kuala Selangor..
Dari Jalan Duta- Jalan Segambut- MRR2 - Jalan Sungai Buloh-LATAR-Kuala Selangor...
Kali ni dugaan Allah hadir lebih pantas selepas aku melalui Jalan Segambut. Allahurabbi...
Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya waktu tubuh ini dirempuh keras dari depan.
Aku jatuh longlai menahan sakit.. perit sekali aku rasakan disaat kaki kananku kebas dan menghambur darah hingga membasahi seluar slack.
Aku hampir pitam melihat keadaan yg menimpaku. Aku kuatjan semangat untuk menahan sakit..
Waktu darurat itu aku gagahkan menghubungi suriku agar segera hadir membantu menguatkan emosiku..
Subhanallah... ketika ini aku masih mengalami trauma dan terngiang2 saat2 dirempuh...
Ambulan tiba 20 minit kemudian.. selama lebih 9 jam aku menunggu katil diruang Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang.
Kalaulah aku lemah semangat... tak tahu apa yg jadi.
Hari ni dan 3-4 bulan nnti aku pakai aerial dikaki untuk bantu tulang aku bertaut kembali..
Insya allah... aku kena terus kuat untuk pulih..
Mohon para pembaca dan pelawat berdoa untuk keselamatan dan kesihatan saya. Kaum muslimin dan muslimat di mana sahaja.
Sekian
Mohd Taufiq bin Mohamed
Simple blogger
taufiqmohdkl@gmail.com
17/10/2013
Ulasan