UJIAN BILA DILANDA MUSIBAH-REDHA @ MURUNG?
Assalamua'laikum wbt.
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Tajuk : Ujian Bila Dilanda Musibah - Redha atau Murung?
Tarikh : 25.10.2013
Apabila bercakap mengenai turunnya ujian untuk hamba2Nya... maka gempitalah seluruh mulut masyarakat tentang banyakkan bersabar. Tidak kurang juga yang menyatakan Tuhan nak balas dosa2 lalu didunia bagi meringankan beban yang akan ditanggung apabila mati kelak.
Masya-allah... sesungguhnya pengertian ujian atau musibah itu sangatlah besar maknanya. Pernah satu ketika aku lalai dalam mengawal nafsu dalam menjalani hidup. Kadangkala perkara yang tidak disedari manusia membuat diri kita hebat. Sedangkan kita lupa bahawa Allah swt senantiasa mengawal kehidupan hambanya 24 jam sehari samaada kita sedar mahupu tidak.
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan diri saya. Sebelum saya mula bekerja secara tetap, saya dan beberapa sahabat karib telah menubuhkan Persatuan Belia. Dimana saya telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap merangkap Ahli Majlis Pengasas Bersama PBSWM. Kami telah menceburkan diri dalam bidang ini hampir 16 tahun sejak dari Sekolah Menengah hinggalah ke saat anda membaca nukilan ini. Sesungguhnya, penyertaan saya dalam bidang ini sudah saya anggap sebagai pintu rezeki yang tiada nilainya. Disinilah saya dan rakan karib saya berusaha menaikkan nama baik Sekolah-sekolah yang memohon bantuan kami untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang Kejurulatihan Kawad Kaki.
Pihak kami telah bejaya membantu bepuluh-puluh Skuad Kawad Kaki memenangi pertandingan di peringkat sekolah, Zon dan Negeri. Setiap pencapaian yang kami miliki menjadikan Pihak kami disenangi oleh Pihak Pengurusan Sekolah. Sehingga saat ini kami telah merancang menambahbaik sistem Kejurulatihan dengan memberi latihan demi latihan kepada ahli-ahli yang ingin menabur bakti dalam PBSWM. Justeru, pihak kami dengan telah melantik Ahli Majlis Pengasas Bersama PBSWM sebagai Ketua Kejurulatihan Kawad. Pihak kami juga telah dimaklumkan berkenaan penggunaan Format baharu 2014. Malangnya, saya telah gagal hadir bagi bersama-sama menjayakan setiap latihan akibat bebanan tugas yang melampau.
Pihak kami juga berhasrat untuk mengadakan Kursus, Seminar dan Perkhemahan bagi sekolah-sekolah yang berminat dengan kelayakkan pihak kami. Suka saya maklumkan bahawa, pihak kami mempunyai barisan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih berpengalaman lebih dari 5 tahun. Pihak kami juga mempunyai tapak untuk mengadakan aktiviti luar kelas seperti Perkhemahan dan Seminar. Tapak yang terletak di Negeri Perlis Indera Kayangan yang mampu memuatkan seramai 500 peserta dalam satu-satu masa adalah sebuah tempat yang aman serta berjiran dengan Empangan Timah Tasoh. Sekiranya para pembaca berminat untuk mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saya (Rujuk profil google+).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya juga adalah seorang Pemilik Rangkaian Niaga sebuah syarikat Enterprise. Syarikat Satria Niaga Muda Enterprise adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera. Syarikat saya menjalankan perniagaan hanya pada hari sabtu dan ahad. Waktu pejabat adalah fleksibel. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah;
1. Membekalkan Jurulatih @ Tenaga Pengajar Kawad Kaki, Seminar, Kursus dan Perkhemahan
2. Membekalkan Pakaian Uniform yng asli.
3. Menerima tempahan bahan-bahan bercetak dan cenderamata.
4. Menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Cepat ( Dalam & Luar Negeri) dalam masa 24 jam.
5. Menjual dan menerima tempahan Produk2 Kesihatan dan Unifi.
Setakat ini pihak syarikat melalui 2 anak syarikat iaitu NM Courier Services dan NM Suppliers telah memulakan perniagaannya. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima melalui NM Courier Services amat menggalakkan. NM Courier Services terbuka kepada 2 jenis perkhidmatan. Sila rujuk perkhidmatan yang ditawarkan disini.
Seperti yang saya war-warkan melalui sebuah lagi anak syarikat NM Suppliers. Kami bercadang menghantar tender terbuka kepada semua Sekolah-sekolah SK dan SMK dalam Wilayah Persekutuan KL / Putrajaya dan Selangor bagi membekalkan pakaian Unifom berkualiti tinggi serta asli. Pakaian Unifom yang dimaksudkan tidak terdapat di outlet-outlet kedai pakaian. Oleh kerana pakaian ini ada penciptanya, kenapa perlu membelinya di Kedai pakaian yang kualitinya sangatlah berbeza.
Insya-allah dengan usaha yang gigih Pihak syarikat akan mengembangkan lagi keupayaan syarikat untuk menambah fasiliti untuk membuka Kedai Percetakan. Doakan kejayaan admin ya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disini saya juga ingin menyatakan setelah saya terbabit dalam kemalangan jalan raya, kehidupan saya sedikt berubah. Saya langsung tidak kesal diatas kejadian yang menimpa saya. Tetapi, keadaan saya yang beginipun masih ada yang mencuba-cuba mengaut keuntungan diatas penderitaan yang saya alami. Kalau nak diikutkan perjalanan pengurusan Persatuan Belia, surat-menyurat, mengerah idea bagi mencapai matlamat, menguruskan hal-hal rasmi semuanya dilakukan oleh saya sendiri. Adapun watak-watak lain dalam Persatuan tersebut, amatlah beza dengan kepayahan menguruskannya. Pernah satu saat saya ingin meletakkan jawatan akibat ketidakupayaan untuk menguruskan tempo PBSWM, terdetik dihati bagaimana prestasi orang baru dalam menguruskan PBSWM dikala saya angkat kaki. Saya tangguhkan hinggalah saat ini dikala org lain bebas berjalan kehulu kehilir. Saya hanya terdampar sepi tidak berteman.
Pada saya, segalanya milik Allah. Allah memberi ujian kepada saya tanpa saya terasa kecil hati... syukur kerana Allah masih berikan ruang untuk saya terus istiqamah dijalanNya. Kadangkala hairan saya melihat watak-watak yang hanya pandai menggunakan saya dikala sihat dan apabila saya dilanda musibah. Langsung tidak diendahkan apa kemahuan saya. Saya masih kuat kerana isteri/ibu dan keluarga saya yang sanggup bersengkang mata menyediakan keperluan tempat tinggal, makan minum saya serta menjaga saya. Kadang kala peasaan hairan itu mengusai diri mengapa mereka mempergunakan aku dikala aku sihat. Ya Allah sekiranya ini adalah balasan kepadaku kerana mementingkan kehendak org lain dan menangguhkan keperluan ibuku... Berilah keampunan kepada ku.
Ingin sekali aku berpesan kepada kalian, ingatlah ibumu yang telah bersusah payah mengandungkanmu, melahirkanmu, menyusukanmu, membesarkanmu, menjagamu diwaktu kecilmu dan sakitmu dan menyayangimu sampai akhir hayatnya. Maka, janganlah sekali2 kau derhaka terhadap ibumu. Kelak kamu akan beroleh Kesenangan didunia dan di akhirat.
Sekalipun kamu sudah ada yang punya, kamu bakal ada keluarga baru, walaupun keluarga barumu itu senang, janganlah kamu tergoda dengan kesenangan yang menipu itu. Sesungguhnya amatlah rugi jika engkau sedar sebagaimana aku sedar sekarang ini. Ingatlah hidupmu tiada sebarang erti melainkan engkau menyayangi ibumu melebihi kecintaanmu terhadap dunia dan isinya.
Ya Allah aku redha dan aku terima ketentuanMu ini. Terima kasih Ya Rabb. Amiin
#Nukilan ini tiada bersangkut paut sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia#
Sekian,
Terima kasih
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
25.10.2013
#Sila hebahkan sekiranya nukilan ini mempunyai isi dan tauladan, sekiranya tidak sila abaikan Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamu'alaikum wbt
Ulasan