ISU KAD PENGENALAN PALSU - SIAPA PETUALANG NEGARA?
Assalamua'laikum wbt.
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Tajuk : Isu Kad Pengenalan Palsu - Siapa Petualang Negara?
Tarikh : 30.10.2013
Sejak kebelakangan ini kita telah dikejutkan oleh berpuluh-puluh ribu masalah akibat kesilapan pemimpin kita yang tamakkan kuasa untuk memerintah dan pemberian kad pengenalan sementara yang bersyarat. Sudah tentu kalian maklum hal ini. Ada satu pepatah melayu yang berbunyi 'sudah jatuh lagi terngadah'. Masyarakat kita zaman ini pula sememangnya tidak mengambil endah permasalahan ini. Berbeza pula pada pandangan saya yang sangat benci kepada pihak-pihak yang bersekongkol menjual maruah negara dengan hanya beberapa ratus Ringgit sahaja. Malah ada yang lebih teruk apabila sanggup menjadi dalang membawa masuk pendatang tanpa izin mendarat dengan selamat di negara ini.
Sebenarnya isu ini telah lama diketahui umum, namun penguatkuasaan yang lemah serta tindakan pihak berkuasa yang bersandarkan kepada arahan pihak atasan membantutkan harapan untuk melihat negara tercinta ini bebas dari gejala ini. Hal ini disebabkan para pegawai kerajaan yang begitu takut kehilangan mata pencarian dan lebih rela menjadi keldai yang boleh disuruh-suruh.
Antara kesan dari gejala kemasukkan pendatang haram tanpa izin ini adalah dari segi masalah sosial, penularan penyakit yang belum ada penawarnya, penglibatan dalam kes-kes samun, peningkatan masalah jenayah siber dan ada juga yang melarikan anak gadis kita ke negara asal mereka. Adapula beberapa kes lelaki warga Pakistan yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menjadikan isteri baru mereka sebagai kuli di negara asal mereka. Tidak kurang pula kes-kes yang bersangkut paut dengan warga Indonesia yang menggunakan ilmu hitam untuk menudukkan pandangan sesetengah wanita tempatan untuk lari dari keluarga dan berkahwin serta sanggup menjadi hamba di kampung asal lelaki Indonesia.
Bagaimanapun, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama-sama dengan Pasukan Ikatan Relawan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia sering melakukan serbuan di tempat-tempat pembinaan, rumah-rumah kongsi dan beberapa lokasi yang dikatakan panas dengan kehadiran warga tanpa izin ini. Hakikatnya, kebanyakkan dari pendatang tanpa izin ini akan dilepaskan atau dilindung oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan tiada tangkapan malah langsung terlepas dari tindakan penguatkuasaan.
Baru-baru ini negara digemparkan oleh kejadian rompakan bersenjata ke atas pegawai bank di Subang, Selangor. Seorang pengawal yang diberi kepercayaan untuk menjaga keselamatan telah melepaskan tembakan menggunakan 'pump-gun' yang biasanya digunakan oleh semua pengawal keselamatan di seluruh negara. Dengan perasaan tidak bersalah atas kejadian tersebut, suspek berkenaan yang dikenali sebagai Ardi Hamza yang berasal dari Negeri Sabah. Menurut beberapa laporan yang boleh dipercayai, Suspek telah membeli Kad Pengenalan dengan harga semurah RM200. Laporan terbabit menyatakan suspek adalah seorang warganegara Indonesia dan menggunakan alamat menetap di negeri Sabah. Adapun masing-masing maklum mengenainya, namun ramai yang menyatakan tidak lagi selamat untuk berurusan di premis-premis yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan asing.
Sungguhpun pihak pengendali atau syarikat keselamatan bertindak menggaji warga asing sebagai pengawal keselamatan dengan gaji yang rendah, tetapi mereka sekali-sekali tidak mengendahkan maruah bangsa serta nilai nyawa rakyat tempatan. Pada pandangan saya, sepatutnya pihak Kementerian Dalam Negeri menetapkan syarat utama lesen perniagaan adalah dengan menggaji bekas-bekas Polis dan Tentera dan menggaji mereka bersesuaian dengan risiko yang mereka tanggung. Ini tidak semuanya tangkap muat sahaja. Apabila ada nyawa rakyat sendiri yang melayang barulah sibuk-sibuk menuding jari antara satu sama lain. Hemah saya, nampak sangat mereka yang berkhidmat sebagai penguatkuasa mempunyai agenda masing-masing.
Oleh kerana banyak kes yang melibatkan warga asing di Malaysia, saya ingin mengesyorkan kepada semua pihak agar jujurlah dengan tugasan kalian yang masing-masing. Walaupun hari ini anda berduit kerana kerja kotor yang anda lakukan atau anda bersubahat atau anda tidak telibat tetapi anda tidak melaporkan kerana takut kehilangan mata pencarian atau kata lain hilang mata pencarian. Ingatlah rezeki adalah milik Allah swt semata-mata. Manusia hanya berusaha dan yang menentukan balasan terhadap usaha itu akan dianugerahi oleh Allah swt melalui manusia. Ingatlah selalu wahai sahabat-sahabatku yang budiman, janganlah suatu ketika engkau mengeluh kesah kerana kebanjiran warga asing sehingga menyebabkan anak pinakmu sukar mendapatkan pekerjaan. Ingatlah juga sekiranya satu ketika kamu akan bermenantukan warga asing sebagai pilihan anak-anakmu. Sehingga ke saat itu, janganlah engkau menyesal atas dosa-dosa yang engkau cipta kerana engkaulah petualang bangsa. Engkaulah pengkhianat yang menjual maruah negara. Siapapun petualang tersebut, tidak akan aku maafkan sehingga kiamat.
Fikir-fikirlah sejenak apa yang telah kalian lakukan kepada nusa bangsa, apakah berkat rezeki yang engkau suapkan kedalam mulut tanggunganmu? apakah engkau rasa seronok menjual maruah negara, apakah engkau akan ketawa jika suatu masa zuriatmu menjadi mangsa jenayah warga asing? jangan pula suatu saat engkau berkata, celakanya diriku. Waktu itu tiadalah guna kerana engkau makin tua dan engkau tiada daya untuk menguatkuasakan apa-apa tindakan kerana waktu itu, engkau sudah tidak berkuasa.
Aku doakan agar sesiapa jua yang terlibat dalam penjualan maruah negara ini supaya segera sedar dan bertaubat serta laporkanlah segera kes-kes berkenaan kemasukkan warga asing. Sekiranya engkau akan dikenakan tindakan disiplin atau apa sahaja. Katalah kepada penzalim, cukuplah Allah bagiku. Aku juga doakan agar kalian diberi kekuatan Iman dan Islam serta aku doakan agar engkau memperoleh rezeki halal dan berkat yang melimpah ruah atas kejujuran dalam melaksanakan tugasmu.
Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Ummul Kitab kepada semua rakyat kita yang telah menjadi mangsa kezaliman warga asing atas kecuaian pihak penzalim yang berselindung dibalik nama Melayu. Janganlah kita cenderung melakukan kezaliman sekiranya engkau tidak mampu menguruskan jenazahmu sendiri. Ingatlah, balasan Allah amat pedih bagi orang-orang yang ingkar.
Sekian,
Terima kasih
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
30.10.2013
Ulasan