PENYELUDUPAN ROKOK TIDAK SAH - APA KESANNYA?
Assalamua'laikum wbt.
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;

Tajuk : Penyuludupan Rokok Tidak Sah - Apa Kesannya?
Tarikh : 01.11.2013
Barangkali ada dikalangan masyarakat kita pada hari ini masih menghisap rokok. Samaada yang dibeli secara seludup mahupun yang dibeli dengan bayaran cukai kepada pihak kerajaan. Sebagai menyatakan pendapat saya kepada semua, ingin saya jelaskan bahawa merokok adalah suatu tabiat yang tidak membawa sebarang manfaat, malah lebih menjerumus seseorang itu dengan kemerosotan tahap kesihatan.
Adapun seperti yang dilaporkan di dalam peti televisyen dua tiga minggu ini berkenaan penyuludupan rokok yang sudahpun bermaharajalela sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, menjadikan beberapa sebab aktiviti ini sukar dikekang. Dalam laporan rancangan tersebut juga menyatakan pihak kerajaan kehilangan lebih kurang RM2bilion ringgit akibat aktiviti penyeludupan ini.
Ada juga yang mengatakan risiko yang akan dialami lebih berbahaya dari rokok yang dibayar duti cukainya. Ada yang menyatakan proses penyediaan rokok seludup tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Pelik sungguh apabila saya mendengar laporan yang berkaitan, mahu saja saya gelakkan si penyedia maklumat tersebut. Pada hemah saya, semua rokok membawa mudarat, yang menjadikan alasan rokok seludup lebih bahaya adalah kerana pihak kerajaan kehilangan sumber pendapatan cukai hasil jualan rokok.
Cuba tuan-tuan lihat ditepi kotak rokok masing-masing, tuan-tuan akan menjumpai ayat seperti ini - Amaran Oleh Kerajaan Malaysia : Produk Ini Mengandungi 4000 jenis racun yang boleh menyebabkan komplikasi terhadap Kesihatan. Lebih kurang la bunyinya, disini ingin saya bertanya kepada para pembaca, adakah anda semua masih mempercayai kata-kata nista oleh stesen televisyen? jika ya, teruskanlah niat anda untuk terus merosakkan diri, menghabiskan wang ringgit dan hayat semakin pendek - maknanya tak sempat tua dah pergi!
Ingin sekali saya berkongsi sedikit pendapat berkenaan kesan pengambilan rokok oleh pesakit-pesakit yang mengalami patah tulang. Ini kerana asap rokok yang disedut akan menghalang sel-sel darah dari mengalir ke tempat patah untuk membentuk sel tulang. Amat malang sekiranya pesakit yang sebegini untuk terus sembuh kerana ia akan melambatkan proses pemulihan dan akan menyebabkan seseoang itu hilang mata pencarian. Bagaimana untuk saya mengatakan kepada kalian supaya berhentilah merokok. Yang pastinya perokok adalah penjenayah utama yang menjangkiti orang lain kerana hembusan asapnya.
Akhir kata, ingin saya menyatakan sepotong ayat sebagai nasihat kita bersama - Dan janganlah engkau suka berbuat kerosakan dan zalim keatas diri sendiri, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kezaliman dan kerosakan ke atas diri sendiri.
Ingatlah juga bahawa hayat ini perlu digunakan sebaik-baiknya. Cuba-cubalah berhenti dari menzalimi diri sendiri. Biarlah kerajaan dan pembuat rokok rugi berterusan kerana keduanya adalah penggalak kepada kerosakan rakyatnya sendiri. Anda nilailah sendiri kenyataan saya ini.
Hidup sihat tanpa rokok!
Sekian,
Terima kasih
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
01.11.2013

contoh bahan-bahan yang terdapat dalam sebatang rokok!

Ulasan