MENULIS TANPA MELANGGAR SYARIAT ISLAM
Assalamua'laikum wbt.
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Bissmillahirrahmanirrahiim..
Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;
Tajuk : Menulis Tanpa Melanggar Syariat Islam
Tarikh : 27.10.2013
Dewasa ini masyarakat kita telah menjadikan amalan membaca sebagai salah satu acara wajib pada setiap hari. Surat khabar adalah bahan bacaan utama bagi mereka yang tidak mempunyai masa seperti para pekerja diseluruh dunia. Ini disebabkan oleh masa mereka banyak dihabiskan sewaktu hendak ke tempat kerja dan pulang dari kerja. Bahan berita pula bukanlah yang kecil tajuknya dan menyukarkan golongan ini menyelak setiap muka surat.
Ada pula sebahagian dari anak muda belia zaman ini amat gemarkan bacaan seperti novel, cerpen dan tidak kurang yang gemarkan bahan bacaan picisan serta majalah hiburan. Golongan ini tidak kisah berhabis wang ringgit malah mereka juga adalah penyumbang terbesar bagi bacaan seperti ini. Lihat saja penghasilan buku-buku novel yang dianggap laris oleh sebilangan pembaca kerana telah mengenali penulis dan gaya penulisan mereka. Walaupun ianya hanyalah cerita yang dicipta, ramai dikalangan pembaca yang mendapat 'feel' semasa membaca sehingga menangis teresak-esak mengenangkan perjalanan penuh maksiat dalam watak didalam buku-buku novel yang dianggap 'bestseller'.
Lihat sahaja di kaca tv, cerita-cerita yang diadaptasi dari novel menjadi kegilaan para penonton sehingga ada yang sengaja melanggar hukum syariat dalam beragama dengan melengah-lengahkan solat. Hemah saya bukanlah kesalahan tersebut pada penonton, tetapi pada para editor dan penerbit drama-drama yang tidak cukup matang untuk meletakkan masa yang sesuai untuk mengelakkan para penonton berkongsi saham dosa kerana ingkar arahan agama.
Bayangkanlah, fenomena ini akan terus berterusan sekiranya pihak Kementerian Penerangan hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu hujung pangkal sesuatu perbuatan untuk menghindar rakyat menjadi pendosa secara senyap-senyap. Ingatlah selalu dan letaklah dalam akal masing-masing bahawa Yahudi laknatullah dan musuh-musuh Islam dengan teliti ingin sekali melihat umat Islam lemah, penuh dosa dan takut berhadapan dengan musuh.
Bangkitlah wahai anak muda untuk bangun dari tidurmu yang tak mengenal erti pejuangan. Cukup-cukuplah menjadi pendosa, hentikanlah segala keinginan untuk berseronok dan jadilah belia yang gagah perkasa. Jangan jadikan malam sebagai waktu untuk berpesta, mengendong maksiat, menjauhi masyarakat dan tenggelam dalam pelukan zina, penyalahgunaan dadah dan bereksperimen bagaikan hidup 1000 tahun. Janganlah bila jatuh dalam kehinaan barulah bangkit untuk bertemu Tuhan azzawajalla. Takut-takut taubatmu terlambat dan kekesalan yang sementara.
Ayuh belia, tanamkan dalam jiwamu dengan kekuatan kerohanian Iman, basahkan bibirmu dengan zikrullah, bangkitlah di tiga perempat malam dengan tahajjud, suburkan hatimu dengan istighfar dan tunaikan subuh dikala orang lain masih menarik selimut. Kiamat itu makin dekat, sedang kita makin jauh darinya.
Belia yang cintakan agama lebih baik dari 1 kurun belia yang dalam kehinaan. Banyakkan menghadiri kuliah-kuliah agama, dekatkan dirimu dengan tuhanMu. Nescaya dengan kesungguhan yang engkau tunjukkan akan memberi satu kemanisan dalam menempuh hayatmu.
Ingin sekali aku ucapkan pada kalian bahawa membaca bahan-bahan picisan amatlah tidak memberi makna dalam kehidupan sekalipun naskah tersebut terkenal kerana laris jualannya. Namun, si penulis secara tidak sedar menyemai sikap acuh tak acuh dengan skrip hidup bersyariat. Janganlah kerana mengejar wang ringgit, anda mengenetepikan soal maruah dalam beragama.
Aku akan terus menulis untuk mencabar diri sebagai penulis sambilan. Nukilan ini aku tulis untuk mengajar aku agar tidak menjerumus penulisanku dengan sengaja melanggar syariat.
Sekian,
Terima kasih
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
27.10.2013
Ulasan