KAEDAH MENGAMBIL KESEMPATAN DAN MENIPU ANAK GUAM

Assalamua'laikum wbt.

Bissmillahirrahmanirrahiim..

Saya harapkan agar kalian didalam tenang serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Kesihatan yang baik serta selalu didalam landasan yang betul.

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai tajuk di bawah ini;

Tajuk : Cara Mudah Mengambil Kesempatan dan Menipu Anak Guam
Tarikh : 24.10.2013

Sukacita saya maklumkan pada umum bahawa saya telah membaca berpuluh-puluh laporan mengenai tindakan licik beberapa nama Firma Guaman yang secara terang-terangan menmperdaya anak guam mereka untuk melampias nafsu dengan cara menipu urusan tuntutan Insurans.

Semalam juga saya telah didatangi oleh 2 orang sahabat yang telah merungkaikan mod operandi Firma-firma guaman yang licik ini dari terus memperdaya saya dan keluarga. Saya akan ceritakan secara teratur bagaimana cara yang mereka gunakan untuk memerangkap kami supaya melantik Firma mereka sebagai badan bertindak bagi pihak saya untuk mendapatkan pampasan. Jom baca dialog dibawah ini.

Watak-watak

1. Agen @ Runner ditanda sebagai Ah Long
2. Saya @ Mangsa ditanda sebagai Org Sakit
3. Waris kandung ditanda sebagai Waghih
4. Isteri Mangsa ditanda sebagai Suri


Dialog ini saya rakamkan dari masa saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada 7/10/2013. Jom baca dibawah;

Ah Long : Org Sakit nama saya Ah long, ini kad saya. Saya bekerja dengan sebuah Firma Guaman yang terletak di Jalan Sentul. Kami pakar dalam membantu mangsa-mangsa kemalangan untuk mendapatkan pampasan yang setimpal dengan kecederaan yang Org Sakit rasakan.

Org Sakit : Saya tidak kenal Ah Long bagimana untuk saya percaya? sambil Org Sakit menahan kesakitan akibat kemalangan. Si Ah Long beredar dan mempekenalkan diri kepada Waghih saya dan Suri saya. Org sakit hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka bertiga. Org sakit percaya yang Ah Long berusaha menagih kepercayaan Waghih untuk menandatangani borang kebenaran dan Ah Long berjanji akan memberi bantuan kewangan tanpa bunga. 

Waghih : Org Sakit Waghih dah tandatangan bagi pihak Org Sakit untuk melantik Firma yang diwakili Ah Long sebagai Firma yang bertindak untuk dapatkan pampasan. Waghih juga dimaklumkan bahawa kecederaan yang sebegini rupa boleh dituntut lebih dari 100K. 

Benarlah kata org2 lamo... org kito memang copek golap mato bilo mendongar pasal saguhati dalam bentuk tunai.

Org Sakit : Baiklah, tapi tunggulah den sihat sikit dan den akan bertanyo nasihat dari sabahat2 den yang beramal dalam bidang Undang2 serta yang beramal dalam kes2 Jenayah. Waghih dan Suri hanya mendengar pendapat den.

Selepas selosai Pembedahan dan Pihak Hospital memasangkan Besi Aerial di kaki Den. Mereka (Hospital) menyatakan den perlu membayar cagaran bosi tersobut sebanyak RM2.5k. Huh! den termangu memikirkan dari mana den nak dapatkan wang tunai sebanyak itu? Puaslah den bertanya pendapat .. Tiba-tiba seperti diketahui oleh Ah Long.. Si Ah Long segera menghubungi den untuk menenagkan keadaan. Dia kata bos dia akan dahulukan duit sebanyak yang diminta Hospital sebagai cagaran. Ah Long juga mengatakan, sekiranya Den sembuh, tak perlulah bayar kembali wang cagaran tersebut. 

Suri : Org Sakit, tak mengapalah... kita gunalah duit mereka dahulu.. sbb payah juga nak cari wang yang diminta oleh Hospital dalam masa 2 -3 hari. Jadi, Org Sakit bersetuju tapi berjanji akan bayar semula wang cagaran tersebut.

Hari makin berlalu, kesihatan den juga makin bertambah baik dan den juga sudah tidak sabar untuk pulang. Hari ini sudahlah hampir 18 hari selepas peristiwa tersebut. Kelmarin den teraso tak sodap hati. Lalu den menghubungi Ah Long dan Ah long sedikit bengang apabilo den kato, Den tidak mahu mereka mewakili Den dalam kes pampasan kemalangan. Ah Long segera meminta Peguamnya menghubungi den. Peguam biasanya manusia yang paling licik dan pandai pusing-pusing kata. Si Peguam ini meminta Den agar terus menggunakan Khidmat mereka. Beliau juga berjanji akan berjumpa saya dalam masa terdekat. Pada hemah den bilo hati den dah berbelah bahagi den tak raso laie nak meneruskan tindakan Undang2. Den makin buntu. Den teraso seperti Ah Long dan Firma Guaman mereka seperti menipu den. Ikuti perbualan Den dongan Ah Long;

Org Sakit : Assalamu'alaikum wbt

Ah Long : Wa'alaikumsalam 

Org Sakit : Saya terfikir tak mahu meneruskan Firma Ah Long untuk mewakili saya.

Ah Long : Dengan sedikit nada tinggi... KENAPA???

Org Sakit : Saya hubungi kalian untuk datang ke rumah saya untuk deraf statement, malangnya kalian menyuruh saya sihat dulu dan hadir ke Balai untuk melaporkan kejadian. Pada hemah saya tak cantik la perjalanan kes saya ini. 

Ah Long : Org Sakit dengar sini... Org SakiT perlu bayar balik kos yang saya nyatakan ini sebelum boleh 'terminate'

Org Sakit : RM2.5k sahaja yang saya berhutang.

Ah Long : Eh! bukan RM2.5K. Org Sakit perlu bayar kos buka fail dan bayaran kepada ejen sebanyak RM3.5K dan jumlah perlu bayar RM 6K! Gertak Ah Long.

Org Sakit : Apa? Macam mana kos sudah meningkat sedangkan Proses kerja belum bermula sepenuhnya, sedangkan Dokumen sulit saya, masih belum saya serahkan? Ah Long jangan tipu saya, saya sudah beramal dengan Undang2 Sivil lebih 9 tahun. Sekiranya perkara ini hanyalah tindakan untuk menipu saya, Ah Long kena bersedia dengan tindakan balas dari saya.

Ah Long : Ah Long makin gelabah.. segera dia menyatakan bahawa Peguam akan menghubungi saya.

Org Sakit : Ah Long ingat aku ni 'Despatch' semata. Dia tak tahu banyak perkara rupanya.

Peguam : Hello Org Sakit, saya dimaklumkan yang Org Sakit ingin menamatkan perkhidmatan dengan pihak kami. Betul ke?

Org Sakit : Ya. Betul. Salahke saya ingin menukar?

Peguam : Org sakit perlu tahu bahawa pihak kami telah membuka fail. Org Sakit juga perlu maklum bahawa banyak pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam kes Org Sakit (Contoh macam Peguam tersebut) dia juga mengatakan Sarjan Polis yang mencadangkan kes ini bertukar tangan pun ingin merasa duit dari langit. Peguam juga menyatakan ingat Sarjan Polis ini cukup ker makan Gaji? mana cukup... katalah Org Sakit tamatkan perkhidmatan dengan kami, Sarjan akan minta lebih kurang dalam 3-4k  untuk duit poket.

Org Sakit : Kalau macam tu tak mengapalah.

Peguam : Org Sakit janganlah tukar Peguam. Kita dah jalankan prosedur. Saya dah hadir ke Balai Polis dan dapatkan salinan Repot. Kalau Org Sakit nak juga tukar Peguam, Org Sakit perlu bayar jumlah kos yang setakat ini.

Org Sakit : baiklah.. makin pening dengan urusan ini.

Fuh... Aku pun tak tahu hujung pangkal kes ini..Sama ada aku nak teruskan atau aku nak sesiapa wakil. Ya Allah aku perlukan bantuanMu. Aku makin keliru serabut untuk teruskan hidup. Orang sekelilingku meminta aku agar kuat dan besabar. Tapi, aku sendiri memikirkan bagaimana untuk terus hidup dalam ketidakupayaan seperti orang lain.

INI ADALAH ANTARA KES YANG MELIBATKAN FIRMA AH LONG DAN MEREKA TERLIBAT DALAM MENIPU PIHAK INSURANS

3 termasuk OKU dituduh tipu insurans

PETALING JAYA: Tiga lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan berasingan menipu dan bersubahat dalam tuntutan insurans kemalangan membabitkan wang pampasan RM1.2 juta, lima tahun lalu.
Tertuduh, pemotong pokok, Wong Ngan Nyok 64; pemandu lori, Pang Kee Chong, 63, dan OKU yang lumpuh, K Achutan, 42, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Rozina Ayob.
Wong dituduh menipu Kurnia Insurans Malaysia Berhad (Kurnia) dengan memperdaya untuk mempercayai maklumat dan fakta yang diberikan melalui TGD&CO peguam cara Achutan, dalam membuat tuntutan saman terhadap dirinya dan Pang di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Pilah, adalah benar sedangkan ia palsu.
Dalam tuntutan itu, Wong mendakwa Pang melanggar Achutan di kawasan jalan tanah merah, Taman Jaya, Negeri Sembilan pada 24 Julai 2004, sehingga anggota badan mangsa lumpuh akibat kemalangan itu.
Dia kemudian dengan curangnya mendorong pegawai dan kakitangan Kurnia menyerahkan wang pampasan RM1,175,862.52 kepada Achutan melalui prosiding yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Sivil pada 9 Mei 2007.
Wong dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Kurnia, Menara Kurnia, No 9, Jalan PJS 8/9 di sini, antara 22 September dan 27 Oktober 2004.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.
Pang dan Achutan pula dituduh bersubahat dengan Wong memberikan kenyataan palsu kepada Kurnia bahawa Achutan dilanggar lori BCF 9416 yang dipandu Pang, di tempat dan hari sama.
Semua tertuduh membayar wang jaminan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aida Md Zainuddin.

Aku harap hal ini bolehlah jadi tauladan kepada yang bakal diuji dengan kesusahan ini. Buatlah solat sunat istikharah dan mintalah bantuan petunjuk dari Allah swt. Insya-allah, Allah sedang menguji kita dengan dugaannya. Allah ingin melihat samaada kita sabar atau tidak.

Insya-allah.. akan saya nukilkan perjalanan kes saya ini dari masa ke masa. Alhamdulillah.

Sekian,

Terima kasih

MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
SIMPLE BLOGGER
24.10.2013
taufiqmohdkl@gmail.com
www.ilhamtulisdanbaca.blogspot.com

#Sila hebahkan kepada umum sekiranya isinya punya tauladan, dan abaikankan sekiranya ia tidak mempunyai isi. Terima kasih kerana membaca. Assalamu'alaikum wbt

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WANZA CAMP, BESERI, PERLIS

KPTM Bangi - Warkah untuk dibaca!

PAMPASAN INSURANS - SIAPA LEBIH UNTUNG?