Mimpi dan kemalangan motor
Assalamualaikum semua..
Subhanallah.. Maha Suci Allah.. telah permudahkan urusanku, mengurangkan rasa sakitku dan Dia juga telah memberi ujian keatasku sesuai dengan kemampuan diriku.
Sungguhpun telah hampir 4 hari terlantar di hospital, aku semakin berahi untuk segera pulih...
Aku punya tanggungan dan dia mengharapkan aku senantiasa disisinya dalam menguruskan rumahtangga.
Aku hilang arah tatkala mengingat insiden dirempuh tempoh hari. Tiap satu jam aku akan terjaga dari tidurku dan trauma.
Kesal dalam diriku bertambah bilamana teringat ucapan pada malam sebelum kejadian. Aku jadi tertekan dengan gaya pemanduan rakyat Malaysia. Nak belok kiri kanan tanpa rasa bersalah memasang lampu isyarat. Pasal perangai orang lain. Aku pulak kena marah. Langsung tergetus dihatiku enggan memandu lagi.
Pada fikiranku itu sahaja yg aku fikir.. sebaliknya sebaik2 perancang hanyalah Allah swt.
Isnin hari yang suram.. aku bingkas bangun dari kati menuju bilik mandi dengan badan yg letih.. jarang sekali aku letih selepas mandi.
Tapi aku kuatkan juga untuk bangun dan tunaikan solat subuh. Kebiasaan aku akan tunaikan solat sunat dhuha... tapi hatiku memberontak takut2 tidak sempat menyelesaikan tugasan dari sahabat lawyer.
Tepat jam 7.40 pagi aku keluar macam biasa. Aku panaskan enjin motor sambil mata meliar melihat mak mertuaku menyidai baju.
Sharp! Jam 8.00 pagi aku bergegas ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Dalam perjalanan aku singgah di BHP Titiwangsa membeli sebungkus roti coklat dan sekotak air coklat untuk alas perut.
Sejurus usai urusan di Mahkamah. Aku siap2 beritahu sahabatku Yusri untuk dia ambil dokumen yang telah aku extract didalam bcbox. Aku juga telah memberitahunya bahawa aku akan ke Mahkamah Kuala Selangor.
Jalan yang paling dekat adalah melalui Jalan Duta-Jalan Segambut dan masuk di MRR2 berdekatan SM Agama Kuala Lumpur.
Oleh kerana kisahku telah tertulis di Luh Mahfuz 500 tahun sebel dilahirkan... hari dan masa yang ditulis itu berlaku juga tepat jam 9.00 pagi di Jalan Segambut.
Ngam2, sewaktu melalui jalan tersebut aku dirempuh keras dari sebelah kanan..
Akibat rempuhan itu aku bersama motor terpelanting sejauh 2 meter dari tempat rempuhan. Aku jatuh terseret kaki kanan. Aku cuba berdiri
Malangnya peha kanan aku kebas dan aku lihat tapak kaki kanan aku terkulai. Ya Allah... selamatkanlah aku dari bala bencana yang berpanjangan..
Aku menahan sakit sambil mulutku memarahi pemandu yang merempuh serta pada masa yang sama pemandu tersebut melanggar lampu isyarat.
Perempuan cina tu datamg dekat denganku dan mohon maaf kerana dia tidak nampak..
Subhanallah.. hanya Allah yang tahu betapa sakit hati dan kakiku waktu kejadian.
Selepas 10 minit aku sempat memelefon isteriku yang kebetulan bekerja behampiran dengan tempat kejadian.
Darahku mengalir laju menunggu ketibaan Ambulan.. hampir setengah jam Ambulan Jabatan Pertahanan Awam tiba dan menanyakan soalan dimana mahu dihantar. Dalam keadaan macam tu... siapa antara kita akan minta Hospital yang jauh dari tempat kejadian bukan?
Aku pilih Hospital Selayang kerana beberapa faktor. (Secret)
Hari pertama sampai di Unit ICU... aku terpaksa tunggu hampir 9 jam untuk dapatkan katil.
9 jam menahan sakit tulang patah dan betis koyak.. Ya Allah sungguh mencabar... lebih tinggi cabaran dari org yang sihat serta boleh berlari..
Kita kalau terhiris jari pun dah melolong sakit. Subhanallah sakit yang amat sangat.
Aku sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengirimi aku dengan seorang suri yang sanggup menjagaku dengan cukup sempurna. Ya Allah ampunilah segala dosa2 nya berilah balasan yang sebaik2 tempat.
Citer ni panjang lagi... tapi cukuplah sekadar peringatan kepada semua penunggang..
Pesanan saya berhati2 dijalan raya. Baca doa dan banyakkan ingati Allah sewaktu menunggang..
Sekian,
Salam
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
Simple Blogger
10-10-2013 8.00am
Ulasan